Kahwin
Petua mengasihi suami
1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian
yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna.
Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.
3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah.
Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja,
sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada
suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut
dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.
7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.
8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi.
Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan
suami anda,suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda.
Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.
10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah
satu-satunya kekasihku”.
11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda.
Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.
12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang
lain. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.
13. Sekiranya suami anda berhajat untuk “bersama” anda,
layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.
14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda
merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda- tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu.
Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.
16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.
17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.
Petua mengasihi isteri
PETUA MENGASIHI ISTERI…..
1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan “I Love You”.
2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.
5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.
7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.
8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya…… sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.
10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.
11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.
13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.
14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.
15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.
16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.
17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.
19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.
20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.
Perkahwinan dari Perspektif Islam Secara Ringkas
Sesungguhnya, agama Islam menggalakkan setiap insan yang sempurna dan berkemampuan untuk mendirikan rumahtangga demi menjaga keharmonian masyarakat.
Perkahwinan dapat memelihara seseorang daripada zina. Perkahwinan juga dapat menambah umat dan memelihara nasab keturunan. Ia telah menjadi sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Islam telah menggariskan sekitar empat ciri utama pemilihan bakal isteri dan suami.
Pertama carilah yang cantik rupa parasnya.
Kedua, carilah yang mempunyai harta.
Ketiga carilah yang baik keturunannya dan keempat, carilah yang beriman.
Di antara keempat-empat ciri ini, yang beriman perlu diutamakan.
Kebiasaannya, setiap lelaki dan perempuan akan tertarik kepada rupa paras sebelum memikirkan hal-hal lain.
Inilah lumrah semula jadi manusia.
Bagi pihak orang tua pula, mereka kerap kali memikirkan tentang asal usul dan kewangan bakal menantu. Jarang sekali soal iman tititikberatkan.
Sesungguhnya anjuran Islam ada fadhilatnya. Rupa paras dan harta benda tidak kekal lama.
Tetapi iman yang dipupuk dalam hati nurani mampu bertahan walaupun jasad telah dimamah usia.
Orang yang beriman lebih tulus hatinya, lebih kuat sabarnya dan lebih mulia tingkah lakunya.
Secara umumnya, sebelum pasangan teruna dara bernikah, segalanya dipandang manis.
Kelakuan yang tidak baik biasanya dipendam sedalam-dalamnya. Si teruna tidak mengetahui keburukan si dara dan sebaliknya.
Semuanya nampak cantik kerana adanya orang ketiga yang sentiasa di samping iaitu syaitan.
Tetapi setelah bernikah, apabila syaitan menjauhkan diri, mereka mula nampak peri laku sebenar masing-masing.
Maka pada ketika ini, bermacam-macam masalah mula timbul. Itu tak kena, ini tak kena. Akhirnya mahligai bahagia menjadi neraka. Namun begitu, bagi orang yang beriman, segala kerenah dihadapi dengan sabar. Di sinilah kelebihan iman.
Sebab itu, Islam menggalakkan anda memilih pasangan yang beriman sebagai kriteria utama pemilihan pasangan hidup agar mahligai bahagia kekal sentosa selamanya.
7 Perkara musnahkan Perkahwinan
- Komitmen berlebihan dan kelemahan fizikal
Perkara ini membahayakan terutamanya pasangan muda yang sedang mencuba kerjaya baru atau kembali menyambung pelajaran. Jangan cuba belajar, bekerja, memiliki bayi dan berniaga dalam waktu yang sama.
Jika semuanya dijalankan serentak, sewaktu anda berdua kembali bertemu terutama di tempat tidur, tubuh sudah terlalu penat. Amat berbahaya suami yang terlalu memiliki komitmen terhadap
- Hutang keliling pinggang
Bayarlah secara ansuran barangan yang anda perlukan atau Jangan membelinya sama sekali. Jangan boroskan wang untuk membeli rumah atau kereta yang lebih mewah daripada yang anda mampu. Sementara itu, kurangkanlah makan di luar, berkelah dan lain-lain.
Gunakan wang anda dengan lebih bijak. Ini kerana jika hutang terlalu banyak, akan timbul masalah ketidakpuasan hati pasangan. Misalnya jika isteri suka membandingkan rumahnya dan rumah jiran, apa yang jiran beli mesti dibeli olehnya, kelak suami akan mengungkit, memang itulah sikap awak sehingga kita banyak hutang.
Atau suami suka berjudi dan membazir untuk aksesori kereta, isteri pasti akan mengungkitnya pula. Jadi kalau sudah bertekak, hanya pejabat agama sajalah jawapannya.
- Keegoan
Ada dua jenis manusia di dunia ini iaitu pemberi dan penerima. Satu pernikahan yang membabitkan dua pemberi akan membangunkan pernikahan yang indah.
Bagi seorang penerima dan seorang pemberi, pertengkaran akan berlaku hari-hari. Tetapi dua orang penerima akan saling ber-cakar. Singkatnya keegoaan akan menghancurkan sebuah pernikahan dalam setiap saat.
- Harapan tidak realistik
Khayalan romantik banyak merasuk wanita yang memasuki gerbang perkahwinan. Mereka mengimpikan tinggal di rumah mewah, hidup senang tanpa ada sebarang gangguan. Mereka mengharapkan lebih dari kemampuan pasangan. Kekecewaan yang diakibatkan oleh perkara ini akan menjadi masalah emosi.
Sesuaikanlah harapan dengan kenyataan. Jangan berharap lebih dari kemampuan anda mahupun suami. Kita haruslah bersederhana dalam setiap tindak-tanduk, malah itulah amalan dalam membahagiakan rumahtangga.
- Alkohol, pornografi, judi dan ketagihan lain
Alkohol atau penggunaan ubat-ubatan bukan sahaja merupakan pembunuh pernikahan tetapi juga membunuh manusia. Sama seperti pornografi, judi dan ketagihan lain. Menghindarinya adalah sama seperti menghindari sejenis wabak penyakit yang merbahaya. Jauhilah amalan ini kerana la akan menghancurkan rumahtangga.
- Ketidakpuasan seksual, kesepian, rendah harga diri dan ketidaksetiaan
Memang dalam ikatan rumahtangga, jika satu dari beberapa aspek ini akan mengakibatkan rumahtangga bercakaran. Kepuasan seksual juga menjadi punca utama kerana banyak pasangan bercerai. Memang banyak pasangan yang tidak prihatin malah jika rasa prihatin itu kurang, ia akan memudaratkan rumahtangga. Jangan selalu memperlekehkan pasangan, kelak ia akan memusnahkan rumahtangga.
- Kegagalan dan kejayaan perniagaan
Meraih kejayaan secara tiba-tiba sama bahayanya dengan jatuh bangkrup secara menyedihkan. Mereka yang memiliki kekayaan berlimpah ruah kadangkala menjadi mabuk kuasa dan selalu bernafsu untuk mendapat lebih daripada itu. Saat itulah isteri dan anak-anak akan dilupakan.
Malah akan memilih wanita yang lebih cantik dan menarik serta menganggap isteri hanyalah sebagai kuda tua yang sudah patah kakinya. Alangkah malangnya sebuah erti perkah-winan, jika itu anggapan pasangan terhadap anda.
Lebih baik seimbangkan dunia dan akhirat, kelak anda akan mencapai objektif membentuk rumahtangga bahagia.
Dipetik dari Majalah Tempatan
Peminangan dan Pertunangan
Peminangan dan Pertunangan
Peminangan dari sudut Islam dilakukan dengan tujuan untuk;
Mengenali sifat lelaki yang baik seperti yang dinyatakan di dalam Riwayat At-Tarmizi dan An-Nassaei;
“Sesempurna orang lelaki yang beriman, keimanannya ialah mereka yang berbudi baik dan berhemah lembut terhadap keluargaanya.”
Untuk mengenali wanita yang salih seperti yang dinyatakan di dalam firman Allah s.w.t. di dalam surah An-Nisa’ ayat 34; “Maka wanita yang salihin itu ialah yang taat serta tetap memelihara diri di kala ketiadaan suami dengan cara yang diajarkan oleh Allah.”
Mencari isteri yang manis rupanya seperti dinyatakan Hadis Nabi di dalam Riwayat Ibnu Hibban menyatakan; Sebaik-baik wanita ialah yang cantik, manis rupanya dan murah pula mas kahwinnya.
Untuk tidak melambat-lambatkan pernikahan sekiranya kedua pasangan sudah suka antara satu sama lain. Dinyatakan dalam Riwayat Al-Baihaqie; “Tiga perkara yang tidak dapat ditangguh-tangguhkan lagi ialah solat bila tiba waktunya, jenazah yang sudah tiba dan wanita bila diperolehi sekufu (sesuai) dinikahi.
Namun apa yang sering berlaku kala peminangan;
Apabila lelaki datang meminang, maka yang ditanya ibu bapa perempuan ialah kerja, pendapatan, pangkat, kereta serta harta bendanya sehingga memperlihatkan bukan ciri-ciri lelaki terbaik yang dipilih sebaliknya kebendaan.
Bila diterima, akan ditetapkan belanja hantaran yang memberatkan dan menjadi kemegahan sekiranya hantaran mahal bersama serba satu pakaian dan perhiasan.
Dibincangkan tempoh untuk melangsungkan pernikahan. Jarang menyegerakan pernikahan sebaliknya ditangguhkan sehingga dua atau tiga tahun. Kesannya memberi peluang pasangan bergaul bebas, meminta dibelikan pakaian, perbelanjaan dan sebagainya kerana pada anggapan mereka bertunang seolah-olah sudah menjadi hak tidak rasmi.
Hantaran
Hantaran tidak wujud di dalam Islam. Lebih-lebih lagi barang yang digubah menjadi itik, angsa, burung dan pelbagai bentuk binatang. Ini unsur-unsur syirik yang tidak sepatutnya diamalkan oleh umat Islam.
Sekiranya ingin memberi barang dengan niat ikhlas kepada bakal isteri, seeloknya diserahkan lebih awal iaitu sebelum dijalankan akad nikah. Tidak dengan beradat dulang apatah lagi dulang emas atau perak yang dilarang Islam kerana bejana (barangan atau perhiasan rumah) emas dan perak, haram umat Islam menggunakannya.
Tambahan pula budaya hantaran hanya akan mendatangkan kesan yang buruk jika berlaku perselisihan faham.
Sekiranya hantaran diberi sebelum bernikah andai pihak gadis memutuskan perhubungan adat menetapkan pihak lelaki boleh menuntut ganti rugi dua kali ganda hantaran yang diberikan kepada bakal isteri. Ini hanya akan membebankan keluarga gadis itu.
Pernikahan
Sebaik-baiknya biarlah majlis akad nikah dilakukan di dalam masjid atau surau kerana tempat ini luas, terpelihara daripada perhiasan-perhiasan gambar atau patung yang membawa kepada unsur-unsur syirik.
Selain daripada itu memudahkan lelaki untuk melakukan solat sunat nikah dan sujud syukur setelah diakad nikah dan mengelakkan percampuran antara lelaki dan perempuan.
Berbanding sekiranya majlis ini dijalankan di rumah, percampuran lelaki dan perempuan sukar dikawal. Lebih-lebih lagi jika rumah pengantin perempuan kecil dan sempit.
Maka pada hari itu tetamu perempuan dan pengiring pengantin lelaki akan duduk di tempaat majlis akad nikah itu dijalankan.
Selain mengganggu pengantin lelaki, sepatutnya wanita mesti berada di dalam bilik atau di tempat yang diletakkan tirai atau sekatan supaya terlindung daripada kaum lelaki.
Amat mustahak calon isteri menyaksikan upacara pernikahan iaitu bersama-sama mendengar doa, takliq dan nasihat-nasihat kadi yang menikahkan.
Manakala selepas upacara pernikahan seeloknya diiringi dengan majlis-majlis keagamaan seperti majlis khatam Al-Quran dan majlis berzanji bukan muzik, hiburan pancaragam atau tari-menari
Seks dalam perkahwinan
“Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam,
maka kerjakan tanah tempat bercucuk tanam itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan lakukan (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kelak kamu akan menemuiNya. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman”.(Al Quran, Surah Al Baqarah Ayat 223)
Pentingnya seks dalam perkahwinan adalah digambarkan saperti maksud surah diatas. Dan juga membawa kepada beberapa akibat buruk jika tidak dipenuhi. Terjadinya kes-kes penceraian kebanyakan disebabkan kurang berperanannya seks dalam rumahtangga.
Jadi tegasnya seks mempunyai peranan penting dalam perkahwinan, baik untuk menyalurkan libido seksual manusia ataupun untuk mendapat keturunan. Oleh sebab itu kalau kehidupan seks tidak dihormati dan diperhatikan dalam perkahwinan maka perkahwinan itu kehilangan dasar ghairah.
Dari sudut seks, perkahwinan merupakan suatu bentuk tanggungjawab manusia terhadap akibat-akibat nafsu berahi.
Perkahwinan pada dasarnya adalah suatu bentuk aktiviti seks yang bertanggungjawab serta halal kerana dalam perkahwinan telah ditetapkan ketentuan-ketentuan yang harus dipatuhi oleh suami isteri, terutamanya dalam bidang seksual yang memang merupakan hajat utama dalam perkahwinan.
Ternyata, ramai orang yang kurang menyedari tentang hal ini, baik
dari pihak suami atau isteri, bahkan kadang-kadang kedua-duanya. Yang lebih teruk kalau kesedaran itu tidak wujud dari salah satu pihak.
Yang satu mengkehendaki agar kehidupan seksnya dapat dipenuhi sepuas-puasnya, sedang yang satu lagi kurang menyedari keperluan lawannya. Sehingga terjadilah penyelewengan seksual. Bila keadaan sudah demikian, tidak mungkin suami isteri dapat membina rumahtangga dengan baik dan harmonis.
Juga terdapat kehidupan suami isteri di mana kedua-duanya sedar dan faham akan erti seks dalam perkahwinan.
Akan tetapi dari salah satu pihak kadang-kadang terlalu ego, mementingkan kepuasan sendiri tanpa mempedulikan keperluan lainnya. Biasanya hal demikian ini selalu dilakukan oleh pihak suami.
Cinta seseorang lelaki itu ingin selalu memonopoli. Kerana seks itu
adalah bahagian utama dari percintaan, maka monopoli di bidang seks
tetapi menjadi hajat suami. Akhirnya lalai memikirkan keperluan seks
isterinya, suami bertindak menurut kemahuannya sendiri untuk
memperoleh kepuasan.
Isteri hanya mahu menanti dan bahkan tidak pernah diberi peluang
untuk mencapai kepuasan. Tentu terjadi gejolak, bila menimpa isteri
yang kebetulan agak lemah imannya, mungkin akan melakukan perbuatan tidak bermoral seperti melakukan perzinaan dengan lelaki lain yang sanggup memberi kepuasan seks kepadanya. Atau si isteri tunjukkan rasa sakit hatinya itu dengan suka marah-marah, mudah tersinggung, sakit-sakitan dan sebagainya.
Apa yang dikemukan agar mendapat perhatian para suami, betapa pentingnya peranan seks dalam perkahwinan. Betapa pun kuatnya rasa cinta tapi kalau sifat egoisme ini tetap tidak bisa dihilangkan tentu akan membawa kesuraman dalam perkahwinan. Jadi harus ada keseimbangan dari suami isteri di mana mereka secara bersama bertanggungjawab memberi kepuasan.
Firman Allah Taala yang bererti:
“Mereka itu (isteri) adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka”.
(Al Quran,Surah Al-Baqarah Ayat 187)
Dari ayat itu memberi penjelasan bahawa suami dan isteri mempunyai tanggungjawab yang sama dan seimbang di dalam bidang seks. Kalau suami mahu kepuasan seks, begitu juga isteri tentu mempunyai keinginan yang sama.
Sebagaimana dalam surah Al-Baqarah, ayat 223, maka isteri diumpamakan sebagai kebun tempat bertanam. Lazimnya petani tentu tidak mahu menggarap kebunnya dengan membuta tuli. Tentu dirawat dan dipeliharanya dengan baik agar hasilnya memuaskan.
Begitu juga seorang isteri ia pun wajib diperhatikan. Keperluannya harus dipenuhi menurut kemampuan termasuk dalam masalah seks.
Sehingga di dalam permainan seks isteri tidak tergolek (sendirian),
di tempat pembaringan dengan sinar matanya yang sayu kerana memendam kekecewaan.
Sedang di pihak suami dengan kesedapan telah tidur berdengkur di samping isterinya kerana hajat seksualnya telah dipenuhi sepuas-puasnya.
Andaikata isteri yang mengabaikan tuntutan suaminya dalam masalah seks, tentu si suami di mana setiap harinya bekerja kuat menanggung keluarga, pastilah mengharapkan layanan yang istimewa dalam erti tidak dikecewakan.
Dorongan seks yang datangnya tiba-tiba memerlukan layanan isteri. Ia harus pandai menghiaskan dirinya sehingga suaminya tidak merasa bosan. Apatah lagi pada malam hari di mana waktu malam adalah waktu yang paling baik untuk melakukan hubungan seks.
Sekiranya hal-hal seperti ini diabaikan, tidak aneh jika suami selalu
beralih pandangan kepada wanita lain untuk menyalurkan keperluan seksnya. Apalagi kalau kebetulan suami itu kurang kuat dalam memegang hukum agama, mungkin melakukan zina.
Sebuah hadis menyatakan:
“Jabir berkata: “Kami bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w. dalam suatu peperangan. Ketika kami kembali ke Madinah, kami hendak masuk (ke rumah-rumah kami). Maka beliau bersabda: “Sabarlah, sampai masuk malam, agar isteri berhias dari kusut masai dan berdandan (berhias) perempuan yang (lama) dtinggalkan oleh suaminya.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari hadis di atas memberi pengajaran iaitu:
a) Ketika pulang dari berpergian yang lama pada waktu malam, janganlah tergesa-gesa masuk ke dalam rumah. Larangan ini dapat dimaklumi kerana pada waktu malam boleh menimbulkan kecurigaan. Atau juga untuk menghindarkan kecurigaan dari suami bila menemui hal-hal yang di luar kebiasaan perilaku isterinya sehari-hari.
b) Berilah kesempatan kepada isteri agar berhias diri sewaktu menyambut kedatangan suaminya. Ini bererti suatu perintah agar para isteri itu supaya bersiap sedia menerima hajat suami dalam keadaan memuaskan dipandang mata, iaitu dengan berhias diri. Perpisahan yang agak lama antara suami isteri membuatkan kerinduan keduanya terutama bagi suami. Agar supaya kerinduan itu dapat terubat maka sudah seharusnya isteri berdandan untuk menarik perhatian suaminya melampiaskan kerinduan seksnya.
Jelaslah Islam membimbing umatnya antara lain agar suami dan isteri
memberikan layanan yang baik dalam bidang seksual.
Sebab betapa pun banyak tujuan-tujuan yang baik dan murni orang melaksanakan perkahwinan, akan tetapi tujuan seksuallah yang sangat menonjol. Oleh kerana itu peranan seks dalam perkahwinan janganlah diabaikan.
Suami isteri wajib menjunjung tinggi peranan seks dalam perkahwinan,
kalau keduanya tidak ingin perkahwinannya mengalami kegagalan. Saling memberikan kepuasan dalam bidang seksual antara suami dan isteri adalah langkah yang baik.
Memasang niat sebelum berkahwin
Setiap pasangan yang akan berkahwin hendaklah memasang niat-niat yang baik, sesuai dengan tujuan-tujuan perkahwinan yang telah digariskan oleh Islam; antaranya:
1.Ingin meramaikan umat Islam.
Firman Allah s.w.t.bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan yang membiakkan dari kedua-duanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai.” (an-Nisa’: 1)
2.Membersihkan zuriat dalam keluarga Islam.
Firman-Nya yang bermaksud: “Dan Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis diri kamu sendiri, dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cicit, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengikari nikmat Allah?” (an-Nahl: 72)
3.Menceriakan kehidupan umat.
Seperti maksud firman Allah s.w.t.: “Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. (ar-Rum: 21)
4.Membantu menyuburkan iman.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain, mereka menyuruh membuat kebajikan dan melarang daripada berbuat kejahatan, dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta taat kepada Allah dan RasulNya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. (at-Taubah: 71)
Tujuan-tujuan sebegini wajar diteliti oleh setiap orang yang hendak berkahwin agar perkahwinan itu dibina di atas landasan yang betul dan kuat serta dikaitkan dengan kepentingan agama.
Namun demikian, ini tidak bermakna Islam menafikan kepentingan peribadi dalam setiap perkahwinan. Malah di atas kepentingan peribadi itulah dibina kepentingan Islam tadi, sesuai dengan maksud beberapa hadis berikut:
1.Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Kahwinilah perempuan yang keturunan anak ramai, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu kerana ramainya ummah.” (Riwayat Abu Daud dan Nasa’i).
Untuk menambah bilangan umat Islam ke tahap yang membanggakan Rasulullah, mestilah dengan keinginan seks.
Seorang yang berkahwin tanpa ada keinginan seks tidak akan menghasilkan zuriat, malah orang yang tidak bernafsu seks tidak dibenarkan berkahwin. Untuk mencapai kehendak Rasulullah di atas maka setiap kali melepaskan keinginan seks, niatkan untuk menambah bilangan umat yang bertaqwa.
2.Rasulullah bersabda, maksudnya: “Pilihlah tempat menyimpan air mani yang baik (isteri solehah) dan kahwinilah wanita yang sepadan.” (Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim).
Pilihan yang tepat ada kaitan dengan zuriat keturunan. Perhubungan seks dengan pasangan yang baik itu menjadikan zuriat keluarganya baik-baik juga.
Sebaliknya, jika keturunan salah satu dari pasangan itu terdiri daripada orang yang pernah membuat maksiat maka kesannya akan menjalar kepada zuriatnya pula.
Rasulullah bersabda: “Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu dia enggan, maka tidurlah suami itu dalam keadaan marah kepadanya. Akibatnya malaikat turut marah kepadanya sehingga Subuh. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hubungan seks boleh menceriakan hati pasangan suami isteri. Tanpanya akan menjadikan hati pasangan menjadi gundah, menderita dan tidak tenang.
Isteri perlu sedar tanpa berkahwin pun seseorang itu boleh memakai pakaian bersih, boleh makan makanan yang enak dan boleh berhibur hati, tetapi tanpa perkahwinan dia tidak boleh menyalurkan keinginan seks secara halal. Kerana itu, hormatilah suami demi menceriakan jiwanya.
3.Rasulullah pernah juga bersabda yang menggambarkan apabila seseorang itu berkahwin menangislah para syaitan dan sembahyang orang yang berkahwin lebih pahalanya daripada mereka yang belum berkahwin.
Dengan berkahwin, seorang isteri itu akan terbela kehidupannya, terselamat kehormatannya manakala suami pula tidak akan terjebak lagi dengan dosa dan maksiat kerana semuanya ada di dalam rumahtangga mereka. Ini dengan sendirinya boleh meningkatkan iman dan taqwa masing-masing.
Begitulah antara sebab mengapa perkahwinan disyariatkan dan begitu dititikberatkan.
Seorang lelaki tidak minta dirinya dikahwinkan, wanita tidak minta dirinya dilamar dan janda tidak minta diri dan anak-anaknya dibela melainkan hanya untuk kepentingan Islam. Demi mahu merebut kasih sayang, rahmat dan redha Allah sebagai jambatan selamat menuju ke hari akhirat.
“Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka.
Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik.” – Ibn Majah
-As-Saqafi-
Hukum Berkahwin
Kita berada di mana? Apakah sudah sampai kepada WAJIB ataupun HARAM.
Perbetulkan niat kita. Semoga Allah memberkati usaha dan hasrat kita.
Jaiz
Bernikah hukumnya jaiz (boleh), ini adalah asal hukum. Kemudian datang sesuatu penyebab yang menyebabkan hukum lain wajib, sunat, makruh dan haram.
Wajib
Berkahwin hukumnya wajib bagi orang yang sudah berkeinginan untuk bersetubuh (Ta’iq) sedang padanya ada kemampuan dan belanja yang
cukup untuk berkahwin.
Dia kuatir sekiranya tidak berkahwin dia akan terjerumus dan berbuat yang dilarang oleh Allah.
Sunat
Bagi orang yang ada keinginan untuk bersetubuh dan ia mempunyai perbelanjaan cukup untuk menanggung biaya perkahwinan dan nafkah eluarga, namun ia tidak kuatir dirinya terjerumus kepada perbuatan maksiat kerana ia leka beribadah dan kuat imannya. Namun demikian ia sunat berkahwin (kahwin daldah lebih utama baginya)”.
Makruh
Hukum makruh terbahagi dua:
Bagi orang yang tidak mempunyai keinginan untuk bersetubuh dan tidak mempunyai perbelanjaan untuk menanggung nafkah keluarga dan biaya berkahwin.
Makruh juga berkahwin bagi orang yang mempunyai perbelanjaan namun ia tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin ini disebabkan kerana padanya ada penyakit seperti lemah zakar (mati pucuk) atau orang yang sudah uzur (berusia lanjut).
Haram
Haram berkahwin bagi orang yang berniat hendak menyakiti, membalas dendam atau mencederakan wanita yang dikahwininya.
10 Petanda Dia Jodoh Kita
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir.
Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.
Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing.
Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.
Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
20 Sebab kenapa Lelaki tak nak kahwin
20 SEBAB KENAPA LELAKI TAK NAK KAHWIN
1.”Duit belum cukup lagi”.
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. “Nak beli kereta dulu baru nak kahwin”.
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .
3. ” Susah la nak cari yang berkenan dihati”.
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!
4.”Tak datang seru lagi kot”.
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.
5.”Banyak sangat halangan”.
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!
6.”Belum bersedia la”.
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.
7. “Ilmu tak cukup la”.
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?oal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!
8.”Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri”
. Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul.
Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.
9.”Dah mencubalah tapi telah dikecewakan”.
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.
10.”Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la”.
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.
11.”Jodoh tak sampai lagi kot”.
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!
12.”Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat” . Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!
13. “Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka”.
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!
14.”Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la”.
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!
15.”Dia nie suka pasang ramai org sangat”.
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.
16. “Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak”.
Pompuan memang camtu..
17. “Nak carik yang solehah lah”.
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.
18. “Masalah la”.
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.
19. “Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la”.
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.
20. “Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya”
Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia
Recent Comments