Kesihatan
Cara merancang keluarga melalui penggunaan kondom
Cara merancang keluarga melalui penggunaan kondom
Jenis-jenis kondom dan cara-cara memilihnya
Kondom biasanya diperbuat daripada latex atau polyurethane. Yang paling baik ialah latex kerana ia adalah getah asli jika dibandingkan dengan polyurethane yang berasaskan bahan kimia plastik yang kurang fleksibel. Tetapi bagi mereka yang bersifak allergik kepada latex boleh menggunakan polyurethane.
Bagaimana kajian ilmiah menunjukkan kedua-duanya mempunyai ketahanan yang sama daripada pecah jika digunakan dengan betul.
Kondom latex hanya boleh digunakan dengan pelincir berasaskan air, bukan minyak seperti vaseline atau krim sejuk kerana ia akan memecahkan latex tersebut.
Kenapa perlu guna kondom?
Kondom adalah satu caranya yang boleh menolong untuk mengelakkan penyebaran sexually transmitted diseases (STD) seperti HIV dan mencegah kehamilan.
Kondom dan pelincirnya (lubricants) seperti KY Jelly selalunya mengandungi spermicide yang dipanggil Nanoxynol 9 yang dikatakan dapat mengelakkan kehamilan dan penyebaran HIV dan juga STDs yang lain.
Terdapat pelbagai jenis kondom di pasaran kini dari segi warna, tekstur dan juga perisa.
Kondom tidak mempunyai saiz seperti baju S, M atau L. Kondom bersifat elastik dan boleh di”stretch” untuk meliputi sepenuh saiz ketegangan zakar seseorang.
Cincin di pangkal kondom juga digunakan untuk menyesuaikan kondom dengan saiz zakar seseorang.Tapi secara lazimnya, kondom yang diperbuat untuk negara-negara Asia adalah lebih kecil sedikit daripada negara-negara barat.
Sila pastikan bahawa kondom yang anda beli membawa tanda kelulusan antarabangsa sama ada FDA, ISO, CE atau “British Standard Kite Mark)
Ribbed kondom biasanya mempunyai sedikit benjolan yang boleh meningkatkan geseran dan terus sensasi semasa bersama.
Terpulang kepada individu jenis yang mana hendak dipilih. Setiap perbezaan dari segi saiz dan bentuk adalah untuk memenuhi kehendak individu yang berbeza dan meningkatkan keseronokan bersama. Bincangkanlah bersama pasangan anda termasukalah yang samada hendak perisa strawberry atau chocolate.
Kondom-kondom boleh didapati di semua kedai farmasi, rangkaian 7 eleven, stesen-stesen minyak, hypermarket seperti Giant, Carrefour dan Tesco di seluruh negara.
Cara-cara memakai kondom
- Pasanglah kondom secara perlahan-lahan saat zakar sudah berereksi, sebelum penis menyentuh daerah vagina pasangan. Pemasangan harus menyelubungi penis sampai ke pangkal.
- Jika kondom yang digunakan tidak mempunyai ruang penampung di hujungnya, tariklah sekitar satu sentimeter agar air mani tertampung di sana. Hindari juga udara tersimpan dalam ruang kosong ini agar kondomnya tidak pecah.
- Supaya kegiatan bercinta terasa lebih enak, sapukankan sedikit pelincir berupa air di hujung kondom sebelum memasangnya.
- Pegang cincin kondom, lalu selimuti hingga ke hujung zakar. Apabila Anda belum disunat, tarik kulup penis ke pangkal penis sebelum kondom terpasang.
- Bila kondom tersebut dirasakan bocor, hentikan kegiatan seks anda segera. Tarik penis dan ganti dengan kondom yang baru. Selepas ejakulasi, cepat tarik penis sebelum “layu” supaya air mani tidak tumpah. Lakukan dengan mencepit pangkal kondom agar tidak tertinggal di vagina kerana kelicinannya.
- Kemudian bungkuslah kondom dengan tisu dan buang ke tempat sampah. Cuci tangan bersih-bersih.
- Jangan sesekali mencuci kondom dan menggunakannya kembali. Ingat, kondom hanya untuk digunakan sekali pakai sahaja.
Fakta kesuburan wanita
SAYA sudah mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun. Ketika berkahwin, umur saya agak lewat dan kini umur saya 43 tahun manakala suami 10 tahun lebih muda daripada saya.
Suami saya mempunyai zuriat dengan bekas isterinya dulu. Kami sudah membuat pemeriksaan pada usia perkahwinan kami dua tahun. Doktor pakar memaklumkan, kami berdua sihat dan saya tiada masalah untuk hamil.
Saya agak sukar mengetahui waktu subur kerana kitaran haid saya tidak menentu setiap bulan. Saya memang teringin untuk memiliki zuriat sendiri.
Baru-baru ini, saya didapati menghidap diabetes yang agak serius. Kini saya masih menerima rawatan daripada doktor.
Persoalannya, dalam usia yang agak lewat, kitaran haid yang tidak menentu dan keadaan kesihatan tidak memuaskan, adakah saya boleh hamil dalam masa terdekat?
Sekiranya hamil, adakah kehamilan itu boleh menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan dan kesihatan saya sendiri?
SITI BAH,
Puchong, Selangor.
BUKAN saja usia anda, penyakit diabetes yang dihidapi dan kitaran haid tidak menentu yang perlu dipersoalkan dalam membincangkan potensi kehamilan, tetapi juga faktor tempoh tiga tahun mencuba, peluang kehamilan jika terus mencuba kaedah biasa, pilihan rawatan kesuburan yang sesuai, risiko apabila hamil (terhadap anda dan kandungan) serta risiko sewaktu kelahiran kelak.
Anda perlu faham beberapa fakta kesuburan wanita :
- Semakin meningkat usia wanita, peluang kehamilan semakin tipis.
- Semakin meningkat usia wanita, risiko keguguran juga semakin meningkat.
- Semakin meningkat usia wanita, risiko keabnormalan kromosom janin (termasuk risiko sindrom Down) semakin meningkat.
- Penyakit diabetes yang tidak dikawal meningkatkan risiko keguguran, risiko keabnormalan organ janin atau bayi, risiko atau trauma kelahiran bayi dan seumpamanya.
- Kitaran haid yang tidak tetap lazimnya disebabkan oleh gangguan hormon akibat masalah pengeluaran telur (kesuburan). Ini menurunkan peluang anda untuk hamil secara semula jadi tanpa rawatan kesuburan.
- Pengeluaran telur juga terganggu sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan. Selain ia mengurangkan kesuburan, kegemukan juga boleh meningkatkan risiko keguguran serta masalah sepanjang kehamilan dan kelahiran kelak.
Sekiranya anda berdua memilih untuk meneruskan perancangan untuk hamil, anda disarankan segera mendapatkan rawatan kesuburan daripada pakar sakit puan yang menawarkan semua pilihan rawatan kesuburan termasuk sehingga peringkat persenyawaan tabung uji (IVF).
Ini bagi membolehkan anda hamil segera dengan jayanya. Namun sebelum itu, amat
penting untuk penyakit diabetes anda dikawal terlebih dulu seelok-eloknya tiga bulan sebelum rawatan kesuburan.
Anda juga perlu menitikberatkan penjagaan kesihatan, pemakanan berkhasiat, penjagaan berat badan serta mengambil suplemen pil asid folik.
Keluar darah bila bersama
SAYA sudah berkahwin hampir tiga tahun dan masih belum mempunyai zuriat sendiri. Masalahnya, setiap kali bersama suami, pasti ada darah yang akan keluar daripada alat sulit saya dan haid saya pula tidak teratur.
Untuk makluman doktor, saya tidak pernah membuat pemeriksaan kesihatan kerana saya sangat takut jika saya menghadapi sebarang masalah kesihatan. Apakah nasihat doktor dalam hal ini?
NOOR,
Negeri Sembilan
ANDA disarankan berjumpa doktor sakit puan. Bukan saja masalah kesuburan anda dapat diperiksa dan dirawat, malah masalah pendarahan selepas hubungan seks juga penting diselidiki.
Pemeriksaan dalaman lazimnya tidak menyakitkan, ujian Pap Smear juga mudah dan mengambil masa singkat saja. Jika diberi pilihan, lebih elok sekiranya kita takut penyakit menjadi lebih teruk akibat lewat mendapatkan pemeriksaan atau rawatan.
Semakin lama anda menunggu, usia semakin bertambah dan ini menyukarkan peluang seseorang wanita untuk hamil.
Tips atasi Stress
Tips kesihatan- Tips atasi Stress
Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupa-kan perkara-perkara yang datang dari luar
(misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasa-ngan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri).
Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya se-tiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.
Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:
1. Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 – 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.
2. Pengurutan
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.
3. Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi.
Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.
4. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.
5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri.
Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi.
Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.
Recent Comments