Lelaki

Perbezaan antara Lelaki dan Wanita

Number of View: 25

1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem…dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.
11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi.

Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.
Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.

Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.
Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

Renungan untuk para suami

Number of View: 57

Wahai para suami,

Apakah membebanimu wahai hamba Allah, untuk tersenyum di hadapan isterimu dikala anda masuk bertemu isteri tercinta, agar anda meraih pahala dari Allah?!!

Apakah membebanimu untuk berwajah yang berseri-seri tatkala anda melihat anak dan isterimu?!!

Apakah menyulitkanmu wahai hamba Allah, untuk merangkul isterimu, mencium pipinya serta bercumbu disaat anda menghampiri dirinya?!!

Apakah memberatkanmu untuk mengangkat sesuap nasi dan meletakkannya di mulut isterimu, agar anda mendapat pahala?!!

Apakah termasuk susuh, kalau anda masuk rumah sambil mengucapkan salam dengan lengkap agar anda meraih 30 kebaikan?!!

Apa yang membebanimu, jika anda menuturkan untaian kata-kata yang baik yang disenangi kekasihmu, walaupun agak terpaksa, dan mengandung bohong yang dibolehkan?!!

Tanyalah keadaan isterimu di saat anda masuk rumah!!

Apakah memberatkanmu, jika anda menuturkan kepada isterimu di saat masuk rumah :
“Duhai kekasihku, semenjak Kanda keluar dari sisimu, dari pagi sampai sekarang, serasa bagaikan setahun”.

Sesungguhnya, jika anda betul-betul mengharapkan pahala dari Allah walau anda letih dan lelah, anda mendekati sang isteri tercinta dan menjimaknya, maka anda mendapatkan pahala dari Allah, karena Rasulullah bersabda: “Dan di air mani seseorang kalian ada sedekah”.

Apakah melelahkanmu wahai hamba Allah, jika anda berdoa dan berkata: Ya Allah perbaikilah isteriku dan berkatilah daku pada dirinya.

· Ucapan baik adalah sedekah.
· Wajah yang berseri dan senyum yang manis di hadapan isteri adalah sedekah.
· Mengucapkan salam mengandung beberapa kebaikan.
· Berjabat tangan mengugurkan dosa-dosa.
· Berhubungan badan mendapatkan pahala.

(Di kutip dari kitab : “Fiqhul Ta’aamul Baina Zawjain” karangan : Mushtofa ‘Adawi)

Berakhlak dalam mendidik isteri

Number of View: 25

Sebuah rumahtangga bahagia ialah rumahtangga yang dikendalikan mengikut nilai-nilai yang dikehendaki oleh Allah swt. Tidak boleh dikatakan rumahtangga
sekiranya sesebuah rumahtangga itu tidak dapat diatur dan disusun mengikut apa yang dikehendaki Allah walaupun keadaan rumahtangga itu nampaknya tenang dan
aman.

Dalam hal ini, kebijaksanaan suami dalam mengendalikan rumahtangga menjadi faktor penting untuk mencapai tujuan itu. Perkara yang utama yang patut dilakukan
oleh suami ialah berakhlak dengan isterinya.

Maksud berakhlak di sini ialah si suami mestilah seorang penyabar dalam mendidik isterinya. Dalam ertikata yang lain si suami mestilah sanggup menghadapi derita dan sengsara disebabkan kerenah isterinya. Ini adalah kerana kaum perempuan itu
dijadikan oleh Allah sebagai makhluk yang lemah. Terutamanya, akal fikiran mereka adalah pendek dan sebab itulah mereka bertindak gopoh dan mudah
melenting.

Oleh yang demikian ketika isteri marah, suami kenalah menaruh perasaan belas kasihan dengan mendiamkan diri dan bersabar. Biarkan dia bercakap apa sahaja kerana apabila kehabisan modal untuk bercakap dia akan diam. Jangan dilawan cakapnya kerana akan lebih banyaklah modal percakapannya.

Jangan pula lari meninggalkannya kerana kalau lari, apabila suami balik semula, si isteri akan sambung balik percakapannya. Tunggu dan diam sampai si isteri berhenti bercakap. Lepas itu kalau si suami hendak bercakap pun sudah boleh.

Sebenarnya itulah rahsia yang ada pada seorang isteri, apabila telah habis melepaskan apa yang hendak dicakapnya, dia akan tenang kembali kerana seperti
yang dikatakan, fikirannya adalah di atas lidah sahaja.

Sebab itulah, kalau si suami tidak melawan cakap-cakap isteri, rumahtangga akan lebih selamat. Pokoknya si suami hendaklah sabar banyak-banyak dan sanggup menanggung kesakitan itu.

Tentang kaum perempuan ini kurang akal atau fikirannya, Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud:

“Kurang akal fikiran perempuan ini Tuhan jadikan begitu.”

Sebab itulah, Allah swt menghendaki dua saksi orang perempuan untuk menyamai satu saksi kaum lelaki. Atas dasar inilah, para suami diseru oleh Allah swt di
dalam Al Quran dengan firman yang bermaksud:

“Hendaklah suami-suami bergaul dengan isteri-isteri itu dengan sebaik-baiknya.”

Rasulullah saw ada menyatakan bahawa barangsiapa yang sanggup menahan penderitaan atau sabar di atas kejahatan serta perangai isteri mereka Allah swt akan memberi mereka pahala sebagaimana pahala bagi Nabi Ayub.

Menurut sejarah Rasulullah saw adalah orang yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya. Beliau dapat menahan segala kemarahan terhadap isterinya yang kadang-kadang membuat ragam juga. Sebab itulah sabda Rasulullah saw yang maksudnya:

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik dengan isterinya. Aku adalah orang yang paling baik dengan isteriku.”

Dalam satu peristiwa, Siti Aisyah telah memarahi Rasulullah. Kata Siti Aisyah kepada beliau, “Engkaukah orang yang mengaku Nabi?” Nabi hanya senyum sahaja. Kemudian Rasulullah berkata, “Aku tahu, kalau engkau marah kepada aku, kau cakaplah begini, “Demi Allah Tuhan Ibrahim.” Kalau engkau gembira dengan aku, kau katalah “Demi Tuhan Muhammad.” Jawab Aisyah, “Betul kata engkau itu. Masa aku marah, aku tidak sebut nama engkau.”

Di masa lain pula Siti Aisyah telah menolak Rasulullah saw dari belakang hingga beliau hampir jatuh. Emak Siti Aisyah ternampak perangai Aisyah lalu ditamparnya
muka Aisyah. Kemudian berkata Rasulullah saw, “Biarkanlah dia begitu. Sebenarnya dia telah banyak berbuat kepada aku, lebih dari itu lagi.”

Sewajarlah para suami mengambil iktibar daripada banyak ragamnya isteri-isteri Rasulullah saw. Sebenarnya bukan Siti Aisyah sahaja yang membuat karenah malah isteri-isteri Rasulullah yang lain juga. Tetapi Rasulullah boleh hadapi semuanya dengan senyum sahaja.

Kalau isteri Rasulullah bertaraf Ummahatul Mukminin itu pun ada juga ragamnya dan wanita-wanita solehah di zaman Rasulullah yang mendapat didikan langsung dari Rasulullah itu pun banyak ragamnya, apa lagilah wanita-wanita dan isteri-isteri di zaman yang telah jauh dari zaman Rasulullah ini.

Sebenarnya Allah swt jadikan isteri-isteri Rasulullah demikian ragamnya supaya dapat menjadi contoh kepada umat Nabi Muhammad yang kemudian ini tentang akhlak Rasulullah saw bila berhadapan dengan isteri-isterinya.

Kalaulah Allah jadikan isteri Rasulullah itu baik semuanya, jadi tidak ada contohlah para suami tentang bagaimana sikap yang patut dilakukan ketika isteri meragam untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga. Sebab itulah, bila Allah jadikan Siti Aisyah dan isteri-isteri Raulullah begitu untuk menjadi contoh dan dapatlah diambil teladan darinya. Yang demikian, bolehlah si suami memujuk hati dengan mengatakan, “Sedangkan Rasulullah tidak marah-marah, sepatutnya aku pun bagitu juga.”

Lagipun, banyak ragam ini tidak mencacatkan kesolehan wanita. Sebab itu, para suami jangan lekas naik radang dan menuduh isteri nusyuz, engkar dan sebagainya.
Banyak ragam tidak menjadikan isteri nusyuz. Cuma ketika itu isteri sedang naik angin, biarkan sahaja sehingga angin itu sejuk. Nanti akan baiklah dia. Sebab itulah para suami dikehendaki banyak bersabar dalam mendidik isterinya.

Si suami bukan sahaja mesti bersabar dengan kelakuan isterinya malah disuruh juga oleh Allah supaya bergurau-gurau dan bermain-main dengan isterinya. nabi
juga menyuruh para suami bermesra dengan bergelak ketawa bersenda-senda dengan isteri. Janganlah suami-suami sentiasa bersikap terlalu serius dengan
para isteri untuk mempertahankan kehebatan. Kalau sesama lelaki bolehlah menjaga kehebatan masing-masing dan tidak digalakkan selalu sangat bergurau sesama lelaki. Tetapi dengan isteri sepatutnya si suami mestilah banyak bergurau.

Malah Rasulullah saw sendiri amat suka bersenda gurau dengan isterinya, hinggakan semasa Rasulullah bergurau dengan isterinya, dia sanggup menurunkan darjatnya seperti seorang perempuan. Ertinya, Rasulullah turut bergurau macam seorang perempuan bergurau iaitu sindir menyindir, cubit mencubit dan sebagainya.

Pernah dalam satu gurauannya dengan Siti Aisyah mengajak isterinya itu berlari-lari. Sedangkan ketika itu Siti Aisyah muda belia berumur 16 tahun. Sedangkan
Rasulullah sudah berumur 60 tahun, tapi Rasulullah tetap lakukan juga kerana hendak menghibur-hiburkan hati isterinya. Walaupun begitu, apabila beliau
berlumba lari dengan Siti Aisyah, Rasulullah tetap menang sebab Rasulullah tetap menang sebab Raulullah juga adalah ahli sukan yang pantas disebabkan beliau
sentiasa riadah dengan menunggang kuda, bermain pedang dan lain-lain senjata.

Justeru itu para suami eloklah memperbanyakkan gurau senda dengan isteri masing-masing dan eloklah sekali sekala mengajak isteri berlumba-lumba dan sebagainya. Begitu juga dalam soal masak-memasak dan mengemas rumah, suami hendaklah membuat kerja tersebut sebagaimana telah dilakukan oleh Rasulullah saw. Sesungguhnya sunnah nabi itu adalah ikutan yang paling
baik.

Suami yang baik ialah suami yang memberi contoh tauladan dalam mendidik isteri. Jadikan masa yang terluang atau masa rehat itu dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang memberi faedah, bukan dengan aktiviti-aktiviti seperti berbual-bual kosong di kedai-kedai kopi, di tempat-tempat maksiat dan sebagainya. Begitu juga dengan aktiviti memancing atau bersukan dan lain-lain yang kadang-kadang sampai
tertinggal ibadah sembahyang.

Di sini saya ingin menyentuh sedikit tentang ibadah sembahyang di surau-suaru atau di masjid-masjid. Hari ini, baik di surau-surau atau di masjid-masjid sudah kurang dikunjungi oleh umat Islam untuk bersembahyang jemaah atau mendengar kuliah agama. Apa yang menyedihkan, ada di antara orang-orang yang rumah-rumahnya berhampiran dengan masjid atau surau-surau pun tidak terlangkah oleh kaki untuk
mengerjakan ibadah sembahyang berjemaah atau mendengar kuliah agama.

Ada di setengah-setengah tempat sampai imam sembahyang yang dilantik pun jarang sembahyang berjemaah, ini tidak termasuk lagi ahli jawatan kuasa masjid atau surau yang tidak ada rasa tanggungjawab untuk memberi contoh kepada makmum-makmun yang lain.

Enam ciri isteri yang menjahanamkan suami

Number of View: 14

Seorang isteri bukan saja memegang kunci kebahagian dan ketenteraman jiwa suaminya, malah ia memegang kunci kejayaan hidupnya. Kenyataan bahawa setiap di belakang setiap lelaki yang berjaya itu terdapat seorang perempuan yang bijak dan berjiwa besar merupakan satu kenyataan yang lumrah diterima di mana-mana.

Si isteri mempunyai serampang mata dua yang sakit, ia boleh membuat suaminya hidup bersemangat, bercita-cita tinggi, gigih dan ia boleh membuat suaminya menjadi seorang yang lemah, patah hati , tidak percaya diri sendiri, pengecut, ragu-ragu dalam membuat keputusan-keputusan dan bertindak.

Sikap dan perhubungan seorang isteri dengan masyarakat juga merupakan satu faktor yang menentukan nama baik suaminya di kalangan orang ramai, kerana tingkah laku so***** seorang isteri tidak boleh dipisahkan dari nama baik suaminya.

Dalam kehidupan rumah tangga ada enam isteri yang membawa kesiksaan-kesiksaan jiwa kepada suaminya sehingga membuat mereka tidak bersemangat untuk melaksanakan kejayaan-kejayaan baru dalam hidup.

( 1 ) Isteri yang tidak tahu membuat keputusan

Dia seorang isteri yang kaku tanpa inisiatif. Dia hanya tahu menyelesaikan perkara-perkara titik bengik mengenai kepentingan-kepentingan diri setiap hari dan tugas-tugas kecil mengenai hal-hal rumah tangga saja.

Selain dari itu seluruh persoalan hidup yang lain dibebankan ke pundak suaminya. Dia tidak mahu mengambil keputusan bagaimana hendak menyusun perabut-perabut rumahnya dengan yang lebih menarik, tidak tahu mengambil keputusan terhadap kelakuan dan tindak tanduk anak-anaknya, tidak tahu membuat anggaran rumah tangga yang wajar dan teratur, tidak tahu membuat sesuatu yang membina terhadap dengan jiran tetangga, sanak saudara dan kawan temannya, malah ia tidak tahu menentukan barang-barang yang perlu dibeli untuk kepentingan rumah tangganya, malah kadang-kadang ia tidak tahu menentukan jenis-jenis masakan yang patut di sediakan hari ini. Segala-galanya dirujukkan kepada suaminya. Pendeknya dia tidak akan bertindak melainkan dengan arahan yang jelas dari suaminya.

Suami yang mendapat isteri yang sedemikian terpaksa memikul beban-beban tambahan yang berat di samping pekerjaan hariannya.

Ia terpaksa memikul beban-beban rumah tangga serentak dengan beban-beban pejabatnya. Dia selalu saja diganggu oleh pertanyaan-pertanyaan yang tidak putus-putus dari isterinya bagaimana hendak membuat itu dan ini. Akibatnya bukan saja membuang waktu suaminya yang berharga malah menghalangi dari memikirkan sesuatu yang lebih serius dan berguna kepada kemajuan dan kemajuan hidup.

( 2 ) Isteri yang selalu mengomel / berleter

Dia selalu tidak puas hati biar apa pun yang dibuat oleh suaminya. Dia mengomel, mengeritik, dan mempersenda semua tindak tanduk suaminya. Segala galanya tidak kena dan ada saja cacat celanya. Suaranya seperti suara nyamuk yang terus menyerang dan menganggu. Dia tidak segan-segan memperkatakan kelemahan-kelemahan suaminya kepada orang lain.

Dia seorang yang selalu mementingkan dirinya dan tidak sabar. Dia mahu segala-galanya cepat, sempurna dan memuaskan. Lebih jauh dari itu dia begitu lancang membuat pertandingan-pertandingan yang tidak adil dengan suami-suami orang lain.

Untuk mencari hiburan dan ketenteraman, suaminya lebih suka berlabuh di kedai-kedai kopi hingga jauh petang dan jauh malam, dan suka melupakan diri dengan permainan-permainan catur dan daun terup,atau mencari kedamaian pada perempuan-perempuan yang lain atau pada minuman-minuman keras.

Seorang suami yang bernasib baik sedemikian tidak lagi mempunyai kegairahan atau inisiatif untuk bekerja keras bagi memajukan hidupnya dan hidup anak-anaknya. Ia seorang suami yang begitu bosan dengan hidupnya.

( 3 ) Isteri diktator

Dia seorang isteri yang gila kuasa. Dia melayani suaminya sebagai tawanan atau sebagai kanak-kanak yang kecil. Dia mahu semua keputusannya dipatuhi oleh suaminya dan dia mahu menguasai semua perbelanjaan rumah tangga. Setiap hari terima gaji dia akan menunggu suaminya di muka pintu untuk mengambil semua gaji itu dan mengawal semua perbelanjaan-perbelanjaan suaminya.

Setiap kali suaminya pulang dari luar dia akan memeriksa saku suaminya dan meminta laporan kemanakah suaminya akan membelanjakan wang yang diambilnya petang tadi.

Dia bukan saja mengawal perbelanjaan suaminya, malah dia menyoal setiap gerak-geri suaminya dan tidak silu-silu mengkritik tindak tanduk suaminya di depan kawannya. Akibatnya si suami itu menjadiseorang yang tdak berperibadi, lemah dan lumpuh di dalam segala-galanya.

Dia menjadi bahan ketawa kawan-kawannya dan tentulah suami yang seperti itu tidak mempunyai kesempatan-kesempatan dan dorongan-dorongan yang wajar untuk hidup dengan lebih maju dari kedudukannya yang ada sekarang.

( 4 ) Isteri yang suka campur tangan

Dia seorang isteri yang bercita-cita tinggi, tetapi menyalahgunakan kedudukan suaminya untuk melaksanakan cita-cita itu. Dia mahu suaminya naik pangkat dan merasa kewajipan nutuk campur tangan agar suaminya cepat naik pangkat. Kerana itu dia membuat hubungan-hubungan dengan isteri ketua pejabat atau isteri majikan suaminya atau membuat hubungan lansung dengan ketua pejabat atau majikan itu sendiri dengan tujuan untuk mempengaruhi mereka agar suaminya mendapat kenaikan pangkat. Ia tidak sedar bahawa campurtangannya itu merosakkan imej suaminya di mata ketua pajabat atau majikannya dan manimbulkan kebencian pada mereka. Kadang-kadang hubungan lansungnya dengan ketua pejabat dan majikan itu menimbulkan tomahan-tomahan yang menjatuhkan maruah suaminya pada pandangan orang lain.

( 5 ) Isteri yang boros

Dia hidup dengan satu anggapan yang salah iaitu tugasnya bukan mencari duit, tetapi membelanjakan duit. Tugas seorang suami ialah mencari duit dan sebagai suami yang tahu harga diri dia harus pandai mencari duit sebanyak yang diperlukan oleh isterinya.

Atas anggapan inilah ia memboroskan pendapatan suaminya dengan membelikan barang-barang yang mewah dan mahal seperti alat-alat kosmetik, permaidani, pinggan mangkuk yang tinggi mutunya, dan pelbagai lagi barang mewah yang tidak diperlukanya.

Suami terpaksa mencari pendapatan dengan mencari kerja-kerja lebih masa atau melakukan rasuah di pejabatnya untuk membayar bermacam-macam hutang yang meyerabut kepalanya. Biasanya dia tidak berunding dengan suaminya semasa hendak membeli sesuatu barang melainkan barang itu sudah sampai di rumah dan di sana dia akan meletakkan suaminya yang sabar dan lemah itu di depan kenyataan yang pahit.

Akibatnya suami menjadi begitu lemah dan lumpuh. Jiwanya ditekan berbagai-bagai kerunsingan yang menjejaskan kecekapan dalam menjalani tugas-tugas hariannya dan tidk lagi mempunyai kesempatan-kesempatanuntuk memajukan dirinya.

( 6 ) Isteri so*****

Dia seorang isteri yang sentiasa berpakaian cantik. Dianggap kewajipan utamanya bukan terletak di rumah tangga, malah menghadiri pertemuan-pertemuan, majlis-majlis keramaian, melawat rumah-rumah teman dan bergiat dalam berbagai-bagai kegiatan so***** tanpa menghiraukan rumah tangganya. Dia tidak sempat menghiraukan sarapan pagi untuk suaminya, kerana ia masih nyenyak tidur akibat balik jauh malam.

Suaminya tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa ikut sama ke mana-mana majlis yang dihadirinya untuk memperlihatkan keperibadiannya sebagai seorang suami yang bermaruah.

Untuk memenuhi tuntutan-tuntutan hidupnya yang begitu so***** itu dia terpaksa berbelanja lebih yang memberatkan suaminya. Kemudian dia meyiksakan suaminya dengan membandingkannya dengan suami-suami sahabatnya yang bergaji besar dan mewah dengan tujuan agar suaminya juga berusaha mencapai taraf hudup seperti itu.

Oleh kerana suaminya tidak mempunyai asas pelajaran yang sama dengan mereka, maka sudah tentu pemberangsangan itu sia-sia saja, malah membuat suaminya semakin lemah dan oatah semangat dan berakhir dengan kejatuhan-kejatuhen yang menyedihkan.

Suami soleh

Number of View: 52

“Bagi kaum Adam, renungilah sejenak apa yang ditulis di bawah agar kamu menjadi pemimpin keluarga yang berwibawa. Insyaallah.

1. Mentaati Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah-Nya.

2. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah s.w.t.

3.Melayani serta menasihati isteri dengan sebaik mungkin.

4.Menjaga hati dan perasaan isteri.

5.Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu di luar kemampuan isteri.

6.Bersabar dan menjauhkan diri daripada memukul isteri sehingga boleh memudaratkan dirinya.

7.Hendaklah menjauhkan diri daripada mengeji isteri di hadapan orang lain sekalipun memuji wanita lain di hadapannya.

8.Bersabar serta menerima kelemahan isteri dengan hati terbuka kerana segala sesuatu dijadikan oleh Allah s.w.t. dan mempunyai rahmat di sebaliknya.

9.Mengelakkan diri terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai seorang pemimpin dalam keluarga.

10.Memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak mengikut kemampuannya.

11.Menyediakan tempat tinggal dan keperluan yang selesa untuk isteri dan anak-anak.

12.Bertanggungjawab mendidik akhlak isteri dan anak-anak berlandaskan kehendak Islam.

13.Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka.

14.Memberi kasih sayang dan berkorban apa sahaja demi kepentingan dan kebahagiaan bersama yang berkekalan.

Aduhai suami

Number of View: 68

Semoga jadi panduan utk kita sama-sama memperbaiki diri.

“Duhai diri kejamnya engkau. membiarkan hati wanita sedih dan kecewa sendirian.Kau kutip dia dari pangkuan ayah bondanya, namun kau tinggalkan hatinya di persada duka.Sekeping hati tipis bak kaca, kini retak dan sumbing tepinya.Siapa yg akan memungut hati yang luka milik wanita bergelar isteri itu, kalau bukan kau wahai diri…

Naluri kelelakianmu kau sorokkan di mana? Perkasa dirimu dimana letaknya?

Kelelakian lelaki terletak pada kebijaksanaannya melaksanakan perananya yg unik dan tersendiri iaitu memimpin wanita.

Kepimpinan yg dimaksudkan ialah kepimpinan dalam suatu institusi yg sangat penting yg mesti dipegang oleh lelaki. institusi itu ialah nadi. benteng utama kepada kestabilan masyarakat dan agama. itulah institusi keluarga.

Dia pemimpin kepada isteri dan anak2nya. Tak kira wanita itu sebagai menteri tetapi dlm keluarganya dia tetap pengikut kepada suaminya.
Disitulah terletaknya kelelakian seorang lelaki.

Apakah rahsia kejayaan dalam kepimpinan suami?

Sejauh mana kita berjaya memimpin diri kita sendiri. Itu kunci utama kepimpinan. Dan sejauh mana kita berjaya memimpin diri terletak pula pada sejauh manakita berjaya memimpin hati, akal, perasaan dan nafsu kita.

Jadi siapa sebenarnya yg menjatuhkan kelelakian lelaki? lelaki yg bukan lelaki.jgn sedih kalau kita tidak dihargai, tetapi sedihlah kalau kita tidak mampu menjadikan diri kita berharga.

Formulanya senang saja. kita hendak orang hormati kita, sama ada sebagai suami, ketua pejabat dan sebagainya, kita hendaklah hormat orang. Ibarat kita melempar monyet dengan batu, dia akan lempar kita balik. kelebihan dan kehebatan seorang lelaki terletak pada sejauh mana dia dapat melaksanakan tanggung jawabnya.
Ada kelebihan, ada kehebatan….. adalah tanggung jawab. Tak mungkin hebat saja tanpa tanggung jawab. Kalau kita tak laksanakan tanggung jawab, tidak adalah kehebatannya. kalau suami lepaskan tanggung jawab, isteri takkan hormat.

Utk dihormati dan dibanggakan seisi keluarga, maka suami atau bapa hendaklah menjadi yg terbaik kepada mereka sebagaimana sabda rasulullah s. a. w.

” sebaik-baiknya kamu adalah yg paling baik kepada keluarganya dan akulah adalah sebaik-baik dikalangan kamu kepada keluarganya.

Mulianya peribadi rasulullah s. a. w. menyebabkan khadijah sanggup berkorban apa saja utk suaminya. kabaikannya selalu disebut2 rasulullah hingga dicemburui oleh saidina aisyah.

Tapi …. suami hari ini tidak semudah itu boleh meminta atau mengharap isteri berkorban segala2nya bagaikan khadijah seandainya mereka tidak mendahului mencontohi peribadi mulia rasulullah s. a. w.