RumahTangga
RumahTangga
Cara bersetubuh mengikut islam
CARA BERsetubuh MENGIKUT ISLAM
Masa bersetubuh untuk mendapatkan Zuriat Sempurna
Sabda Rasullah s.a.w. “Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s”
1. Jangan bersetubuh di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.
2. Jangan bersetubuh antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.
3. Jangan bersetubuh jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.
4. Jangan bersetubuh pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.
5. Jangan bersetubuh pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.
6. Jangan bersetubuh semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.
7. Jangan bersetubuh dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.
8. Jangan bersetubuh dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.
9. Jangan bersetubuh dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.
10. Jangan bersetubuh dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.
Cara bersetubuh yang dituntut.
1. Bersetubuh pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.
2. Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.
4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.
7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.
Hubungan kelamin waktu pagi
Salah satu kebanyakan perbezaan antara lelaki dan wanita adalah lelaki suka melakukan hubungan kelamin diwaktu pagi, sementara wanita suka menyimpannya untuk waktu malam. Ini adalah disebabkan lelaki mengalami ‘nocturnal penile tumescence’ (NPT).
Maknanya ialah, lelaki semasa waktu tidurnya, mengalami tiga ke lima kali ereksi terpacak (zakar). Kami menggelarnya sebagai “kemegahan pagi”. Apa jua gelaran yang diberi, bangun pagi dalam keadaan terpacak adalah alasan yang bagus untuk untuk memulakan tindakan waktu pagi.
Yang kurang bernasib baiknya, keinginan hubungan kelamin adalah kurang bagi wanita pada saat membuka matanya. Tetapi, jika anda pandai memujuk sidia, kemungkinan besar sidia akan merelakannya.
Bersiap sedia pada malam sebelumnya
Jika anda ada merancang tidak mahu untuk bangun pagi selagi tidak melakukan hubungan kelamin, anda perlu buat persediaan awal sebelum masuk tidur pada malam tersebut. Simpan sedikit ‘mint’ penyegar bau mulut berdekatan dengan anda supaya anda boleh mengelakkan “bau naga” dari mulut anda pada waktu pagi .
Juga pastikan anda pergi ke tandas sebelum tidur supaya pada keesokkan paginya anda tidak merosakkan sendiri rancangan anda kerana anda terpaksa juga bangun dari tempat tidur. Jangan juga lupa kondom disimpan sekali dan senang dicapai.
Ia adalah penting untuk bangun awal sebelum ada antara anda berdua bergegas untuk bekerja. Oleh itu, set alarm anda untuk membangunkan diri anda, dengan ini anda mempunyai masa yang cukup untuk memulakan hari anda.
Adalah lebih bagus jika anda bangun lebih awal dari sidia, supaya anda boleh melakukan pergerakan merangsang secara perlahan-lahan semasa sidia tidur.
Secara perlahan kejut sidia
Sidia memang tidak mahu dikejutkan secara tergesa-gesa dengan lambaian zakar anda yang terpacak dimukanya. Jadi anda perlu rileks, sentuhnya dengan lembut dan perlahan.
Berikan ciuman disekitar muka dan tubuh sidia. Biarkan jari anda bermain degang rambutnya. Tindakan ini boleh memastikan sidia bangun dalam keadaan posotif, ‘mood’ yang baik dan gambaran sidia gembira melakukannya.
Buatkan sidia rasa hubungan kelamin
Wanita anda mungkin berasa tidak hubungan kelamin ketika dia bangun dari tidur, jadi untuk membuatkan sidia dalam ‘mood’, pastikan anda memuji kecantikannya – walaupun dia dalam keadaan berserabut pada ketika itu. Abaikan kesusutan rambut, kesan bantal pada muka, bau mulutnya, dan beritahu betapa anda mahukan dia.
Jika sukar untuk memuji sidia dalam keadaan bersemuka pada waktu itu, cuba gunakan posisi yang baik untuk menyatakan kata-kata itu tanpa bersemuka. Berbisik dibelakangnya adalah dianggap romantik, di mana ia juga menghindarkan anda dari kesengsaraan bau nafas pagi.
Tidak MUDAH…
Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu bagian dari kasih Ilahi
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita
Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terpuruk
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari…
Bahwa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya Agar kita tumbuh besar dan kuat
Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa INDAH ketika kita bisa membahagiakan orang lain
Bukan membahagiakan diri sendiri
Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina
Tapi akan terasa INDAH kalau itu bagian dari penyucian diri…
Dan ikhlas hanya mengharap redha Ilahi
Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah awal dari kesuksesan kita
Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh
Untuk mengawali kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya
Tidak MUDAH menghilangkan duka karena kehilangan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari…
Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat
Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur
Dan menyedari itu bagian dari cara Allah menyayangi hambanya…
Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya
Keluar darah bila bersama
SAYA sudah berkahwin hampir tiga tahun dan masih belum mempunyai zuriat sendiri. Masalahnya, setiap kali bersama suami, pasti ada darah yang akan keluar daripada alat sulit saya dan haid saya pula tidak teratur.
Untuk makluman doktor, saya tidak pernah membuat pemeriksaan kesihatan kerana saya sangat takut jika saya menghadapi sebarang masalah kesihatan. Apakah nasihat doktor dalam hal ini?
NOOR,
Negeri Sembilan
ANDA disarankan berjumpa doktor sakit puan. Bukan saja masalah kesuburan anda dapat diperiksa dan dirawat, malah masalah pendarahan selepas hubungan seks juga penting diselidiki.
Pemeriksaan dalaman lazimnya tidak menyakitkan, ujian Pap Smear juga mudah dan mengambil masa singkat saja. Jika diberi pilihan, lebih elok sekiranya kita takut penyakit menjadi lebih teruk akibat lewat mendapatkan pemeriksaan atau rawatan.
Semakin lama anda menunggu, usia semakin bertambah dan ini menyukarkan peluang seseorang wanita untuk hamil.
Suntikan cegah kehamilan ada kesan sampingan
PADA 9 Februari 2010, saya melahirkan anak pertama dan tanpa mengambil sebarang kaedah perancang keluarga, saya hamil lagi. Lalu pada 29 April 2011, saya melahirkan anak kedua.
Pada 13 Ogos lalu pula, saya cuba merancang dengan mengambil suntikan tiga bulan sekali di klinik swasta, atas desakan rakan dan ibu mentua supaya menjarakkan kehamilan.
Pada masa menerima suntikan, saya sudah habis haid iaitu pada hari kelapan.
Pada 1 September lalu, saya haid tanpa henti sehingga pertengahan bulan September, kemudian ia berhenti selama lapan hari dan keluar darah semula sehingga Oktober tanpa henti.
Saya bimbang mengenai perkara ini sedangkan selama ini sewaktu sebelum berkahwin sehingga lahir anak kedua, haid saya normal setiap bulan iaitu antara lima hingga tujuh hari.
Doktor memberikan saya pil untuk menambah darah, Ponston serta pil darah beku.
Saya makan pil sehingga habis, tetapi pendarahan belum berhenti.
Saya pergi sekali lagi ke klinik dan doktor memberikan saya pil Progyluton (atas penerangan doktor, pil ini untuk membetulkan semula hormon dan haid saya).
Seminggu selepas mengambil pil terbabit, pada hari kelapan hingga 11 saya terlupa untuk makan kerana pil tertinggal di pejabat. Pada hari ke-11, pendarahan kembali yang saya anggap haid.
Apabila mula bekerja, saya terus mengambil pil terbabit, tetapi pendarahan saya tetap keluar sehingga pil habis dan sehingga hari ini, saya masih mengalami pendarahan.
Saya amat tertekan dan rimas dengan masalah ini. Badan saya pun amat letih kerana setiap hari darah keluar dengan banyak dan saya bimbang untuk mengambil apa-apa kaedah perancang kehamilan di masa hadapan.
Adakah saya perlu membiarkan dahulu perkara ini untuk beberapa bulan lagi (sehingga hormon saya kembali normal) atau saya perlu merujuk kepada doktor pakar? Adakah badan saya tidak sesuai untuk kaedah suntikan ini?
NADIA,
Johor Bahru, Johor.
SEKIRANYA anda belum menjalani pemeriksaan doktor pakar sebelum ini, eloklah anda berbuat demikian sekarang.
Suntikan depo hormon pencegah kehamilan boleh mendatangkan kesan sampingan sedemikian, namun beberapa penyakit termasuk penyakit berbahaya juga boleh memberikan kesan sampingan yang sama.
Sekiranya anda didapati tidak mempunyai penyakit berkaitan, doktor lazimnya akan menyandarkan ia kepada kesan sampingan ubat sahaja.
Bagaimanapun, memandangkan pendarahan kerap atau berterusan ini memberi kesan terhadap kesihatan am anda akibat kekurangan darah, eloklah anda berbincang semula dengan doktor anda sama ada untuk meneruskannya atau menggunakan kaedah yang lain.
Setiap wanita menunjukkan keserasian berbeza terhadap kesan sampingan sesuatu kaedah pencegah kehamilan.
Petua mengasihi suami
1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian
yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna.
Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.
3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah.
Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja,
sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada
suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut
dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.
7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.
8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi.
Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan
suami anda,suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda.
Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.
10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah
satu-satunya kekasihku”.
11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda.
Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.
12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang
lain. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.
13. Sekiranya suami anda berhajat untuk “bersama” anda,
layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.
14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda
merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda- tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu.
Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.
16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.
17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.
Petua mengasihi isteri
PETUA MENGASIHI ISTERI…..
1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan “I Love You”.
2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.
5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.
7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.
8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya…… sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.
10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.
11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.
13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.
14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.
15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.
16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.
17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.
19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.
20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.
Perkahwinan dari Perspektif Islam Secara Ringkas
Sesungguhnya, agama Islam menggalakkan setiap insan yang sempurna dan berkemampuan untuk mendirikan rumahtangga demi menjaga keharmonian masyarakat.
Perkahwinan dapat memelihara seseorang daripada zina. Perkahwinan juga dapat menambah umat dan memelihara nasab keturunan. Ia telah menjadi sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Islam telah menggariskan sekitar empat ciri utama pemilihan bakal isteri dan suami.
Pertama carilah yang cantik rupa parasnya.
Kedua, carilah yang mempunyai harta.
Ketiga carilah yang baik keturunannya dan keempat, carilah yang beriman.
Di antara keempat-empat ciri ini, yang beriman perlu diutamakan.
Kebiasaannya, setiap lelaki dan perempuan akan tertarik kepada rupa paras sebelum memikirkan hal-hal lain.
Inilah lumrah semula jadi manusia.
Bagi pihak orang tua pula, mereka kerap kali memikirkan tentang asal usul dan kewangan bakal menantu. Jarang sekali soal iman tititikberatkan.
Sesungguhnya anjuran Islam ada fadhilatnya. Rupa paras dan harta benda tidak kekal lama.
Tetapi iman yang dipupuk dalam hati nurani mampu bertahan walaupun jasad telah dimamah usia.
Orang yang beriman lebih tulus hatinya, lebih kuat sabarnya dan lebih mulia tingkah lakunya.
Secara umumnya, sebelum pasangan teruna dara bernikah, segalanya dipandang manis.
Kelakuan yang tidak baik biasanya dipendam sedalam-dalamnya. Si teruna tidak mengetahui keburukan si dara dan sebaliknya.
Semuanya nampak cantik kerana adanya orang ketiga yang sentiasa di samping iaitu syaitan.
Tetapi setelah bernikah, apabila syaitan menjauhkan diri, mereka mula nampak peri laku sebenar masing-masing.
Maka pada ketika ini, bermacam-macam masalah mula timbul. Itu tak kena, ini tak kena. Akhirnya mahligai bahagia menjadi neraka. Namun begitu, bagi orang yang beriman, segala kerenah dihadapi dengan sabar. Di sinilah kelebihan iman.
Sebab itu, Islam menggalakkan anda memilih pasangan yang beriman sebagai kriteria utama pemilihan pasangan hidup agar mahligai bahagia kekal sentosa selamanya.
7 Perkara musnahkan Perkahwinan
- Komitmen berlebihan dan kelemahan fizikal
Perkara ini membahayakan terutamanya pasangan muda yang sedang mencuba kerjaya baru atau kembali menyambung pelajaran. Jangan cuba belajar, bekerja, memiliki bayi dan berniaga dalam waktu yang sama.
Jika semuanya dijalankan serentak, sewaktu anda berdua kembali bertemu terutama di tempat tidur, tubuh sudah terlalu penat. Amat berbahaya suami yang terlalu memiliki komitmen terhadap
- Hutang keliling pinggang
Bayarlah secara ansuran barangan yang anda perlukan atau Jangan membelinya sama sekali. Jangan boroskan wang untuk membeli rumah atau kereta yang lebih mewah daripada yang anda mampu. Sementara itu, kurangkanlah makan di luar, berkelah dan lain-lain.
Gunakan wang anda dengan lebih bijak. Ini kerana jika hutang terlalu banyak, akan timbul masalah ketidakpuasan hati pasangan. Misalnya jika isteri suka membandingkan rumahnya dan rumah jiran, apa yang jiran beli mesti dibeli olehnya, kelak suami akan mengungkit, memang itulah sikap awak sehingga kita banyak hutang.
Atau suami suka berjudi dan membazir untuk aksesori kereta, isteri pasti akan mengungkitnya pula. Jadi kalau sudah bertekak, hanya pejabat agama sajalah jawapannya.
- Keegoan
Ada dua jenis manusia di dunia ini iaitu pemberi dan penerima. Satu pernikahan yang membabitkan dua pemberi akan membangunkan pernikahan yang indah.
Bagi seorang penerima dan seorang pemberi, pertengkaran akan berlaku hari-hari. Tetapi dua orang penerima akan saling ber-cakar. Singkatnya keegoaan akan menghancurkan sebuah pernikahan dalam setiap saat.
- Harapan tidak realistik
Khayalan romantik banyak merasuk wanita yang memasuki gerbang perkahwinan. Mereka mengimpikan tinggal di rumah mewah, hidup senang tanpa ada sebarang gangguan. Mereka mengharapkan lebih dari kemampuan pasangan. Kekecewaan yang diakibatkan oleh perkara ini akan menjadi masalah emosi.
Sesuaikanlah harapan dengan kenyataan. Jangan berharap lebih dari kemampuan anda mahupun suami. Kita haruslah bersederhana dalam setiap tindak-tanduk, malah itulah amalan dalam membahagiakan rumahtangga.
- Alkohol, pornografi, judi dan ketagihan lain
Alkohol atau penggunaan ubat-ubatan bukan sahaja merupakan pembunuh pernikahan tetapi juga membunuh manusia. Sama seperti pornografi, judi dan ketagihan lain. Menghindarinya adalah sama seperti menghindari sejenis wabak penyakit yang merbahaya. Jauhilah amalan ini kerana la akan menghancurkan rumahtangga.
- Ketidakpuasan seksual, kesepian, rendah harga diri dan ketidaksetiaan
Memang dalam ikatan rumahtangga, jika satu dari beberapa aspek ini akan mengakibatkan rumahtangga bercakaran. Kepuasan seksual juga menjadi punca utama kerana banyak pasangan bercerai. Memang banyak pasangan yang tidak prihatin malah jika rasa prihatin itu kurang, ia akan memudaratkan rumahtangga. Jangan selalu memperlekehkan pasangan, kelak ia akan memusnahkan rumahtangga.
- Kegagalan dan kejayaan perniagaan
Meraih kejayaan secara tiba-tiba sama bahayanya dengan jatuh bangkrup secara menyedihkan. Mereka yang memiliki kekayaan berlimpah ruah kadangkala menjadi mabuk kuasa dan selalu bernafsu untuk mendapat lebih daripada itu. Saat itulah isteri dan anak-anak akan dilupakan.
Malah akan memilih wanita yang lebih cantik dan menarik serta menganggap isteri hanyalah sebagai kuda tua yang sudah patah kakinya. Alangkah malangnya sebuah erti perkah-winan, jika itu anggapan pasangan terhadap anda.
Lebih baik seimbangkan dunia dan akhirat, kelak anda akan mencapai objektif membentuk rumahtangga bahagia.
Dipetik dari Majalah Tempatan
Peminangan dan Pertunangan
Peminangan dan Pertunangan
Peminangan dari sudut Islam dilakukan dengan tujuan untuk;
Mengenali sifat lelaki yang baik seperti yang dinyatakan di dalam Riwayat At-Tarmizi dan An-Nassaei;
“Sesempurna orang lelaki yang beriman, keimanannya ialah mereka yang berbudi baik dan berhemah lembut terhadap keluargaanya.”
Untuk mengenali wanita yang salih seperti yang dinyatakan di dalam firman Allah s.w.t. di dalam surah An-Nisa’ ayat 34; “Maka wanita yang salihin itu ialah yang taat serta tetap memelihara diri di kala ketiadaan suami dengan cara yang diajarkan oleh Allah.”
Mencari isteri yang manis rupanya seperti dinyatakan Hadis Nabi di dalam Riwayat Ibnu Hibban menyatakan; Sebaik-baik wanita ialah yang cantik, manis rupanya dan murah pula mas kahwinnya.
Untuk tidak melambat-lambatkan pernikahan sekiranya kedua pasangan sudah suka antara satu sama lain. Dinyatakan dalam Riwayat Al-Baihaqie; “Tiga perkara yang tidak dapat ditangguh-tangguhkan lagi ialah solat bila tiba waktunya, jenazah yang sudah tiba dan wanita bila diperolehi sekufu (sesuai) dinikahi.
Namun apa yang sering berlaku kala peminangan;
Apabila lelaki datang meminang, maka yang ditanya ibu bapa perempuan ialah kerja, pendapatan, pangkat, kereta serta harta bendanya sehingga memperlihatkan bukan ciri-ciri lelaki terbaik yang dipilih sebaliknya kebendaan.
Bila diterima, akan ditetapkan belanja hantaran yang memberatkan dan menjadi kemegahan sekiranya hantaran mahal bersama serba satu pakaian dan perhiasan.
Dibincangkan tempoh untuk melangsungkan pernikahan. Jarang menyegerakan pernikahan sebaliknya ditangguhkan sehingga dua atau tiga tahun. Kesannya memberi peluang pasangan bergaul bebas, meminta dibelikan pakaian, perbelanjaan dan sebagainya kerana pada anggapan mereka bertunang seolah-olah sudah menjadi hak tidak rasmi.
Hantaran
Hantaran tidak wujud di dalam Islam. Lebih-lebih lagi barang yang digubah menjadi itik, angsa, burung dan pelbagai bentuk binatang. Ini unsur-unsur syirik yang tidak sepatutnya diamalkan oleh umat Islam.
Sekiranya ingin memberi barang dengan niat ikhlas kepada bakal isteri, seeloknya diserahkan lebih awal iaitu sebelum dijalankan akad nikah. Tidak dengan beradat dulang apatah lagi dulang emas atau perak yang dilarang Islam kerana bejana (barangan atau perhiasan rumah) emas dan perak, haram umat Islam menggunakannya.
Tambahan pula budaya hantaran hanya akan mendatangkan kesan yang buruk jika berlaku perselisihan faham.
Sekiranya hantaran diberi sebelum bernikah andai pihak gadis memutuskan perhubungan adat menetapkan pihak lelaki boleh menuntut ganti rugi dua kali ganda hantaran yang diberikan kepada bakal isteri. Ini hanya akan membebankan keluarga gadis itu.
Pernikahan
Sebaik-baiknya biarlah majlis akad nikah dilakukan di dalam masjid atau surau kerana tempat ini luas, terpelihara daripada perhiasan-perhiasan gambar atau patung yang membawa kepada unsur-unsur syirik.
Selain daripada itu memudahkan lelaki untuk melakukan solat sunat nikah dan sujud syukur setelah diakad nikah dan mengelakkan percampuran antara lelaki dan perempuan.
Berbanding sekiranya majlis ini dijalankan di rumah, percampuran lelaki dan perempuan sukar dikawal. Lebih-lebih lagi jika rumah pengantin perempuan kecil dan sempit.
Maka pada hari itu tetamu perempuan dan pengiring pengantin lelaki akan duduk di tempaat majlis akad nikah itu dijalankan.
Selain mengganggu pengantin lelaki, sepatutnya wanita mesti berada di dalam bilik atau di tempat yang diletakkan tirai atau sekatan supaya terlindung daripada kaum lelaki.
Amat mustahak calon isteri menyaksikan upacara pernikahan iaitu bersama-sama mendengar doa, takliq dan nasihat-nasihat kadi yang menikahkan.
Manakala selepas upacara pernikahan seeloknya diiringi dengan majlis-majlis keagamaan seperti majlis khatam Al-Quran dan majlis berzanji bukan muzik, hiburan pancaragam atau tari-menari
Recent Comments