Wanita
Menikahlah dan Anda Beruntung
Makin banyak lelaki atau perempuan menunda perkawinan. Alasannya soal kesiapan ekonomi dan mental. Wajar, memang. Tapi tahukah Anda, perkawinan yang bahagia berefek positif terhadap kesehatan, begitupun sebaliknya. Ini menurut sebuah penelitian terkini. Dan keuntungan terbesar dari perkawinan ada pada laki-laki.
Keuntungan sebuah perkawinan yang bahagia sudah kerap diteliti. Dan hasilnya, positif; baik untuk kesehatan fisik maupun mental. Penelitian Bryan Baker, psikiater dari University of Toronto, misalnya, menuunjukkan pasangan dalam perkawinan yang bahagia memiliki dinding jantung yang lebih tipis ketimbang pada perkawinan yang bermasalah, dan dinding jantung yang tebal mengindikasikan tekanan darah tinggi.
“Keuntungannya adalah peningkatan kualitas kesehatan fisik, meningkatnya ketahanan tubuh terhadap infeksi, dan menurunnya kecenderungan untuk mati karena penyakit jantung, kanker, dan penyakit penyebab utama kematian lainnya,” ujar John Gottman, PhD, professor psikologi University of Washington, Seattle, yang dianggap oleh banyak koleganya sebagai pionir di bidang penelitian seputar perkawinan.
“Keuntungan lain untuk kesehatan adalah panjang umur. Orang cenderung lebih panjang umur jika mereka terikat dalam sebuah perkawinan, terutama bila perkawinannya bahagia.”
Gottman menambahkan, itu juga menguntungkan bagi kesejahteraan mental. “Kecenderungan Anda untuk mengalami depresi, gangguan kecemasan, psikosis, stress paskatrauma dan fobia menjadi lebih kecil. Anda juga akan lebih jarang mengalami kecelakaan,” ujarnya.
Dan berbahagialah Anda menjadi lelaki. Meski perempuan juga mengambil keuntungan untuk kesehatannya, “lelaki dapat menangguk lebih banyak manfaat dari perkawinan bagi kesehatannya,” ujar Gottman. “Bagi lelaki, hanya dengan menikah saja sudah memberinya banyak keuntungan.”
Mudah untuk menunjukkannya :
Pertama, Anda bisa mengurangi beragam risiko. Mereka cenderung mengurangi aktivitas berbahaya seperti melakukan terjun bebas atau kebut-kebutan di jalan.
Kedua, Anda lebih terawat. Mulai memeriksakan kesehatannya, dan makan lebih teratur. Lebih terkontrol, tidak seperti ketika masih lajang, yang hidupnya seringkali serabutan dan tak teratur. “Kesemuanya itu hanya untuk menunjukkan betapa lelaki dapat lebih terawat bila mereka menikah, ujar David Woodsfellow, PhD, direktur Center for Relationship Therapy di Atlanta. “Bila pada peran tradisionalnya lelaki menjadi penyangga, peran tersebut sebenarnya lebih tepat disebut sebagai penyangga keuangan semata,” tambahnya.
Ketiga, hidup Anda akan terasa lebih tenang dan nyaman. “Dalam peran tradisional tersebut, perempuan lah yang berperan sebagai penyedia kehangatan, kenyamanan di rumah, serta acapkali juga penyedia pangan, sandang dan perabot rumah tangga lainnya,” ujar Woodsfellow.
Kelihatan kan jejak-jejak yang menunjukkan bahwa menikah lebih baik bagi lelaki. Memang, persoalan menikah tak segampang itu. Memilih pasangan saja bukan perkara mudah. “Memilih istri adalah pilihan terpenting dalam hidup ini, jauh lebih penting ketimbang memilih rumah atau apapun,” ujar Bryan Baker, psikiater dari University of Toronto.
Tapi kalau Anda sudah menemukan pasangan yang cocok dan tepat, kenapa harus menunda perkawinan. Segeralah menikah, dan raih keuntungannya.
Pilih Pasangan sesuai
Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu di beri perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu di syarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan -jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K’ diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu “Kenal”, “Kelas”, “Kufu”, “Kasih” dan akhir sekali “kahwin”.
KENAL
Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah di suruh dan di cari orang yang boleh di percayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya.
berdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi. “APakah kamu kenal lelaki ini?” tanya Omar “Ya, saya kenal,” jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi…
“Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?” Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi “Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan kawannya”
Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya.
Risik merisik latarbelakang pasangan perlu di buat utk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat sahabat yang akrab dengannya….
Adalah berdosa besar jika antara kedua dua belah pihak BERBOHONG.
Apabila sudah saling mengenali, TOLAK ANSUR dapat di buat dalam>apa juga perkara
KELAS
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan ugamanya. Kelas yang di maksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja.
Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam , sentiasa ‘alert’, sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat ‘MEMBINA’ untuk menjaga akhlak dalam Islam.
KUFU
Kufu amat di beratkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu di seimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam.
Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya.
Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur.
Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan AIsyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yg serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh di selaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama
berumahtangga.
KASIH
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang di tekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis
“Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan” Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam.
Rasulullah memberitahu:
“Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu” Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga.. Sememangnya terdapat ” Orang orang yang benar benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki”
Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang di pupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin
kebahagian rumahtangga,.
Hadis Nabi ada menyatakan “Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan.Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunanya dan barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya.”
Keberkatan memang di titik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita di pasakkan dengan betul. Insyallah perkahwinan akan di berkati dan di lindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.
REDHA
Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya”Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan
manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka”
“Apa yang di katakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya”
Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur :ayat 26
“Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik” Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri di anggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh di terima.
Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami.
Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat di wujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang.
Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ….Begitu juga sebaliknya masalah berlaku
Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti “AKU UBAHLAH PERANGAINYA”. Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk.
Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga….
“Seorang sahabat , Marsat Bin Abu Marsar Al Ghanawi, seorang pemuda turut berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Rasulullah saw. Suatu hari Baginda Rasulullah menghantar beliau balik ke Mekah untuk membuat rundingan dengan orang Quraisy, tentang pembebasan beberapa orang Islam yang di tawan.
Sewaktu balik, Marsat bertemu kekasih lamanya, Inaq, seorang wanita yang sangat cantik dan menjadi rebutan. Inaq berjumpa Marsat dan duduk berdua duaan kerana kedua duanya sudah lama tidak bertemu. Marsat menolak dengan alasan dia kini berugama Islam sedangkan Inaq masih kafir dan ia membataskan hubungan.
Marsat menyuruh Inaq bersabar dan akan bertanya perihal itu kepada Rasulullah jika diizinkan oleh baginda untuk berbuat demikian. Mendengar kata kata Marsat ini, Inaq terlalu marah sedangkan selama ini dia menjadi rebutan ramai lelaki. Akibat terlampau sakit hati, Inaq telah mengupah kaki pukul Quraisy menyekat Marsat dan membelasahnya dengan teruk.. Tetapi kerana cintanya yang mendalam kepada Inaq, beliau bertanya kepada Rasulullah samada beliau boleh berkahwin dengan Inaq.
Maka turunlah Suruah Al Baqarah:
“Janganlah kamu berkawhin dengan orang musyrik, kerana sesungguhnya berkawin dengan hamba mukmin itu lebih baik daripada seorang musyrik walaupun cantik…”
wassalam
Petua untuk sentiasa menjadi perawan
Petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam ‘abqaro’ menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
(“Abqaro” ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.
Caranya:
Lepas solat Isya’, ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumahtangga.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
WALLAHU A’LAM
Perbezaan antara Lelaki dan Wanita
1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.
2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.
3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.
4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.
5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.
6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.
7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.
8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;
9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem…dan macam-macam lagi.
10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.
11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.
Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.
Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi.
Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.
Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.
Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.
Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.
Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.
Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.
Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.
Berakhlak dalam mendidik isteri
Sebuah rumahtangga bahagia ialah rumahtangga yang dikendalikan mengikut nilai-nilai yang dikehendaki oleh Allah swt. Tidak boleh dikatakan rumahtangga
sekiranya sesebuah rumahtangga itu tidak dapat diatur dan disusun mengikut apa yang dikehendaki Allah walaupun keadaan rumahtangga itu nampaknya tenang dan
aman.
Dalam hal ini, kebijaksanaan suami dalam mengendalikan rumahtangga menjadi faktor penting untuk mencapai tujuan itu. Perkara yang utama yang patut dilakukan
oleh suami ialah berakhlak dengan isterinya.
Maksud berakhlak di sini ialah si suami mestilah seorang penyabar dalam mendidik isterinya. Dalam ertikata yang lain si suami mestilah sanggup menghadapi derita dan sengsara disebabkan kerenah isterinya. Ini adalah kerana kaum perempuan itu
dijadikan oleh Allah sebagai makhluk yang lemah. Terutamanya, akal fikiran mereka adalah pendek dan sebab itulah mereka bertindak gopoh dan mudah
melenting.
Oleh yang demikian ketika isteri marah, suami kenalah menaruh perasaan belas kasihan dengan mendiamkan diri dan bersabar. Biarkan dia bercakap apa sahaja kerana apabila kehabisan modal untuk bercakap dia akan diam. Jangan dilawan cakapnya kerana akan lebih banyaklah modal percakapannya.
Jangan pula lari meninggalkannya kerana kalau lari, apabila suami balik semula, si isteri akan sambung balik percakapannya. Tunggu dan diam sampai si isteri berhenti bercakap. Lepas itu kalau si suami hendak bercakap pun sudah boleh.
Sebenarnya itulah rahsia yang ada pada seorang isteri, apabila telah habis melepaskan apa yang hendak dicakapnya, dia akan tenang kembali kerana seperti
yang dikatakan, fikirannya adalah di atas lidah sahaja.
Sebab itulah, kalau si suami tidak melawan cakap-cakap isteri, rumahtangga akan lebih selamat. Pokoknya si suami hendaklah sabar banyak-banyak dan sanggup menanggung kesakitan itu.
Tentang kaum perempuan ini kurang akal atau fikirannya, Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud:
“Kurang akal fikiran perempuan ini Tuhan jadikan begitu.”
Sebab itulah, Allah swt menghendaki dua saksi orang perempuan untuk menyamai satu saksi kaum lelaki. Atas dasar inilah, para suami diseru oleh Allah swt di
dalam Al Quran dengan firman yang bermaksud:
“Hendaklah suami-suami bergaul dengan isteri-isteri itu dengan sebaik-baiknya.”
Rasulullah saw ada menyatakan bahawa barangsiapa yang sanggup menahan penderitaan atau sabar di atas kejahatan serta perangai isteri mereka Allah swt akan memberi mereka pahala sebagaimana pahala bagi Nabi Ayub.
Menurut sejarah Rasulullah saw adalah orang yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya. Beliau dapat menahan segala kemarahan terhadap isterinya yang kadang-kadang membuat ragam juga. Sebab itulah sabda Rasulullah saw yang maksudnya:
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik dengan isterinya. Aku adalah orang yang paling baik dengan isteriku.”
Dalam satu peristiwa, Siti Aisyah telah memarahi Rasulullah. Kata Siti Aisyah kepada beliau, “Engkaukah orang yang mengaku Nabi?” Nabi hanya senyum sahaja. Kemudian Rasulullah berkata, “Aku tahu, kalau engkau marah kepada aku, kau cakaplah begini, “Demi Allah Tuhan Ibrahim.” Kalau engkau gembira dengan aku, kau katalah “Demi Tuhan Muhammad.” Jawab Aisyah, “Betul kata engkau itu. Masa aku marah, aku tidak sebut nama engkau.”
Di masa lain pula Siti Aisyah telah menolak Rasulullah saw dari belakang hingga beliau hampir jatuh. Emak Siti Aisyah ternampak perangai Aisyah lalu ditamparnya
muka Aisyah. Kemudian berkata Rasulullah saw, “Biarkanlah dia begitu. Sebenarnya dia telah banyak berbuat kepada aku, lebih dari itu lagi.”
Sewajarlah para suami mengambil iktibar daripada banyak ragamnya isteri-isteri Rasulullah saw. Sebenarnya bukan Siti Aisyah sahaja yang membuat karenah malah isteri-isteri Rasulullah yang lain juga. Tetapi Rasulullah boleh hadapi semuanya dengan senyum sahaja.
Kalau isteri Rasulullah bertaraf Ummahatul Mukminin itu pun ada juga ragamnya dan wanita-wanita solehah di zaman Rasulullah yang mendapat didikan langsung dari Rasulullah itu pun banyak ragamnya, apa lagilah wanita-wanita dan isteri-isteri di zaman yang telah jauh dari zaman Rasulullah ini.
Sebenarnya Allah swt jadikan isteri-isteri Rasulullah demikian ragamnya supaya dapat menjadi contoh kepada umat Nabi Muhammad yang kemudian ini tentang akhlak Rasulullah saw bila berhadapan dengan isteri-isterinya.
Kalaulah Allah jadikan isteri Rasulullah itu baik semuanya, jadi tidak ada contohlah para suami tentang bagaimana sikap yang patut dilakukan ketika isteri meragam untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga. Sebab itulah, bila Allah jadikan Siti Aisyah dan isteri-isteri Raulullah begitu untuk menjadi contoh dan dapatlah diambil teladan darinya. Yang demikian, bolehlah si suami memujuk hati dengan mengatakan, “Sedangkan Rasulullah tidak marah-marah, sepatutnya aku pun bagitu juga.”
Lagipun, banyak ragam ini tidak mencacatkan kesolehan wanita. Sebab itu, para suami jangan lekas naik radang dan menuduh isteri nusyuz, engkar dan sebagainya.
Banyak ragam tidak menjadikan isteri nusyuz. Cuma ketika itu isteri sedang naik angin, biarkan sahaja sehingga angin itu sejuk. Nanti akan baiklah dia. Sebab itulah para suami dikehendaki banyak bersabar dalam mendidik isterinya.
Si suami bukan sahaja mesti bersabar dengan kelakuan isterinya malah disuruh juga oleh Allah supaya bergurau-gurau dan bermain-main dengan isterinya. nabi
juga menyuruh para suami bermesra dengan bergelak ketawa bersenda-senda dengan isteri. Janganlah suami-suami sentiasa bersikap terlalu serius dengan
para isteri untuk mempertahankan kehebatan. Kalau sesama lelaki bolehlah menjaga kehebatan masing-masing dan tidak digalakkan selalu sangat bergurau sesama lelaki. Tetapi dengan isteri sepatutnya si suami mestilah banyak bergurau.
Malah Rasulullah saw sendiri amat suka bersenda gurau dengan isterinya, hinggakan semasa Rasulullah bergurau dengan isterinya, dia sanggup menurunkan darjatnya seperti seorang perempuan. Ertinya, Rasulullah turut bergurau macam seorang perempuan bergurau iaitu sindir menyindir, cubit mencubit dan sebagainya.
Pernah dalam satu gurauannya dengan Siti Aisyah mengajak isterinya itu berlari-lari. Sedangkan ketika itu Siti Aisyah muda belia berumur 16 tahun. Sedangkan
Rasulullah sudah berumur 60 tahun, tapi Rasulullah tetap lakukan juga kerana hendak menghibur-hiburkan hati isterinya. Walaupun begitu, apabila beliau
berlumba lari dengan Siti Aisyah, Rasulullah tetap menang sebab Rasulullah tetap menang sebab Raulullah juga adalah ahli sukan yang pantas disebabkan beliau
sentiasa riadah dengan menunggang kuda, bermain pedang dan lain-lain senjata.
Justeru itu para suami eloklah memperbanyakkan gurau senda dengan isteri masing-masing dan eloklah sekali sekala mengajak isteri berlumba-lumba dan sebagainya. Begitu juga dalam soal masak-memasak dan mengemas rumah, suami hendaklah membuat kerja tersebut sebagaimana telah dilakukan oleh Rasulullah saw. Sesungguhnya sunnah nabi itu adalah ikutan yang paling
baik.
Suami yang baik ialah suami yang memberi contoh tauladan dalam mendidik isteri. Jadikan masa yang terluang atau masa rehat itu dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang memberi faedah, bukan dengan aktiviti-aktiviti seperti berbual-bual kosong di kedai-kedai kopi, di tempat-tempat maksiat dan sebagainya. Begitu juga dengan aktiviti memancing atau bersukan dan lain-lain yang kadang-kadang sampai
tertinggal ibadah sembahyang.
Di sini saya ingin menyentuh sedikit tentang ibadah sembahyang di surau-suaru atau di masjid-masjid. Hari ini, baik di surau-surau atau di masjid-masjid sudah kurang dikunjungi oleh umat Islam untuk bersembahyang jemaah atau mendengar kuliah agama. Apa yang menyedihkan, ada di antara orang-orang yang rumah-rumahnya berhampiran dengan masjid atau surau-surau pun tidak terlangkah oleh kaki untuk
mengerjakan ibadah sembahyang berjemaah atau mendengar kuliah agama.
Ada di setengah-setengah tempat sampai imam sembahyang yang dilantik pun jarang sembahyang berjemaah, ini tidak termasuk lagi ahli jawatan kuasa masjid atau surau yang tidak ada rasa tanggungjawab untuk memberi contoh kepada makmum-makmun yang lain.
Enam ciri isteri yang menjahanamkan suami
Seorang isteri bukan saja memegang kunci kebahagian dan ketenteraman jiwa suaminya, malah ia memegang kunci kejayaan hidupnya. Kenyataan bahawa setiap di belakang setiap lelaki yang berjaya itu terdapat seorang perempuan yang bijak dan berjiwa besar merupakan satu kenyataan yang lumrah diterima di mana-mana.
Si isteri mempunyai serampang mata dua yang sakit, ia boleh membuat suaminya hidup bersemangat, bercita-cita tinggi, gigih dan ia boleh membuat suaminya menjadi seorang yang lemah, patah hati , tidak percaya diri sendiri, pengecut, ragu-ragu dalam membuat keputusan-keputusan dan bertindak.
Sikap dan perhubungan seorang isteri dengan masyarakat juga merupakan satu faktor yang menentukan nama baik suaminya di kalangan orang ramai, kerana tingkah laku so***** seorang isteri tidak boleh dipisahkan dari nama baik suaminya.
Dalam kehidupan rumah tangga ada enam isteri yang membawa kesiksaan-kesiksaan jiwa kepada suaminya sehingga membuat mereka tidak bersemangat untuk melaksanakan kejayaan-kejayaan baru dalam hidup.
( 1 ) Isteri yang tidak tahu membuat keputusan
Dia seorang isteri yang kaku tanpa inisiatif. Dia hanya tahu menyelesaikan perkara-perkara titik bengik mengenai kepentingan-kepentingan diri setiap hari dan tugas-tugas kecil mengenai hal-hal rumah tangga saja.
Selain dari itu seluruh persoalan hidup yang lain dibebankan ke pundak suaminya. Dia tidak mahu mengambil keputusan bagaimana hendak menyusun perabut-perabut rumahnya dengan yang lebih menarik, tidak tahu mengambil keputusan terhadap kelakuan dan tindak tanduk anak-anaknya, tidak tahu membuat anggaran rumah tangga yang wajar dan teratur, tidak tahu membuat sesuatu yang membina terhadap dengan jiran tetangga, sanak saudara dan kawan temannya, malah ia tidak tahu menentukan barang-barang yang perlu dibeli untuk kepentingan rumah tangganya, malah kadang-kadang ia tidak tahu menentukan jenis-jenis masakan yang patut di sediakan hari ini. Segala-galanya dirujukkan kepada suaminya. Pendeknya dia tidak akan bertindak melainkan dengan arahan yang jelas dari suaminya.
Suami yang mendapat isteri yang sedemikian terpaksa memikul beban-beban tambahan yang berat di samping pekerjaan hariannya.
Ia terpaksa memikul beban-beban rumah tangga serentak dengan beban-beban pejabatnya. Dia selalu saja diganggu oleh pertanyaan-pertanyaan yang tidak putus-putus dari isterinya bagaimana hendak membuat itu dan ini. Akibatnya bukan saja membuang waktu suaminya yang berharga malah menghalangi dari memikirkan sesuatu yang lebih serius dan berguna kepada kemajuan dan kemajuan hidup.
( 2 ) Isteri yang selalu mengomel / berleter
Dia selalu tidak puas hati biar apa pun yang dibuat oleh suaminya. Dia mengomel, mengeritik, dan mempersenda semua tindak tanduk suaminya. Segala galanya tidak kena dan ada saja cacat celanya. Suaranya seperti suara nyamuk yang terus menyerang dan menganggu. Dia tidak segan-segan memperkatakan kelemahan-kelemahan suaminya kepada orang lain.
Dia seorang yang selalu mementingkan dirinya dan tidak sabar. Dia mahu segala-galanya cepat, sempurna dan memuaskan. Lebih jauh dari itu dia begitu lancang membuat pertandingan-pertandingan yang tidak adil dengan suami-suami orang lain.
Untuk mencari hiburan dan ketenteraman, suaminya lebih suka berlabuh di kedai-kedai kopi hingga jauh petang dan jauh malam, dan suka melupakan diri dengan permainan-permainan catur dan daun terup,atau mencari kedamaian pada perempuan-perempuan yang lain atau pada minuman-minuman keras.
Seorang suami yang bernasib baik sedemikian tidak lagi mempunyai kegairahan atau inisiatif untuk bekerja keras bagi memajukan hidupnya dan hidup anak-anaknya. Ia seorang suami yang begitu bosan dengan hidupnya.
( 3 ) Isteri diktator
Dia seorang isteri yang gila kuasa. Dia melayani suaminya sebagai tawanan atau sebagai kanak-kanak yang kecil. Dia mahu semua keputusannya dipatuhi oleh suaminya dan dia mahu menguasai semua perbelanjaan rumah tangga. Setiap hari terima gaji dia akan menunggu suaminya di muka pintu untuk mengambil semua gaji itu dan mengawal semua perbelanjaan-perbelanjaan suaminya.
Setiap kali suaminya pulang dari luar dia akan memeriksa saku suaminya dan meminta laporan kemanakah suaminya akan membelanjakan wang yang diambilnya petang tadi.
Dia bukan saja mengawal perbelanjaan suaminya, malah dia menyoal setiap gerak-geri suaminya dan tidak silu-silu mengkritik tindak tanduk suaminya di depan kawannya. Akibatnya si suami itu menjadiseorang yang tdak berperibadi, lemah dan lumpuh di dalam segala-galanya.
Dia menjadi bahan ketawa kawan-kawannya dan tentulah suami yang seperti itu tidak mempunyai kesempatan-kesempatan dan dorongan-dorongan yang wajar untuk hidup dengan lebih maju dari kedudukannya yang ada sekarang.
( 4 ) Isteri yang suka campur tangan
Dia seorang isteri yang bercita-cita tinggi, tetapi menyalahgunakan kedudukan suaminya untuk melaksanakan cita-cita itu. Dia mahu suaminya naik pangkat dan merasa kewajipan nutuk campur tangan agar suaminya cepat naik pangkat. Kerana itu dia membuat hubungan-hubungan dengan isteri ketua pejabat atau isteri majikan suaminya atau membuat hubungan lansung dengan ketua pejabat atau majikan itu sendiri dengan tujuan untuk mempengaruhi mereka agar suaminya mendapat kenaikan pangkat. Ia tidak sedar bahawa campurtangannya itu merosakkan imej suaminya di mata ketua pajabat atau majikannya dan manimbulkan kebencian pada mereka. Kadang-kadang hubungan lansungnya dengan ketua pejabat dan majikan itu menimbulkan tomahan-tomahan yang menjatuhkan maruah suaminya pada pandangan orang lain.
( 5 ) Isteri yang boros
Dia hidup dengan satu anggapan yang salah iaitu tugasnya bukan mencari duit, tetapi membelanjakan duit. Tugas seorang suami ialah mencari duit dan sebagai suami yang tahu harga diri dia harus pandai mencari duit sebanyak yang diperlukan oleh isterinya.
Atas anggapan inilah ia memboroskan pendapatan suaminya dengan membelikan barang-barang yang mewah dan mahal seperti alat-alat kosmetik, permaidani, pinggan mangkuk yang tinggi mutunya, dan pelbagai lagi barang mewah yang tidak diperlukanya.
Suami terpaksa mencari pendapatan dengan mencari kerja-kerja lebih masa atau melakukan rasuah di pejabatnya untuk membayar bermacam-macam hutang yang meyerabut kepalanya. Biasanya dia tidak berunding dengan suaminya semasa hendak membeli sesuatu barang melainkan barang itu sudah sampai di rumah dan di sana dia akan meletakkan suaminya yang sabar dan lemah itu di depan kenyataan yang pahit.
Akibatnya suami menjadi begitu lemah dan lumpuh. Jiwanya ditekan berbagai-bagai kerunsingan yang menjejaskan kecekapan dalam menjalani tugas-tugas hariannya dan tidk lagi mempunyai kesempatan-kesempatanuntuk memajukan dirinya.
( 6 ) Isteri so*****
Dia seorang isteri yang sentiasa berpakaian cantik. Dianggap kewajipan utamanya bukan terletak di rumah tangga, malah menghadiri pertemuan-pertemuan, majlis-majlis keramaian, melawat rumah-rumah teman dan bergiat dalam berbagai-bagai kegiatan so***** tanpa menghiraukan rumah tangganya. Dia tidak sempat menghiraukan sarapan pagi untuk suaminya, kerana ia masih nyenyak tidur akibat balik jauh malam.
Suaminya tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa ikut sama ke mana-mana majlis yang dihadirinya untuk memperlihatkan keperibadiannya sebagai seorang suami yang bermaruah.
Untuk memenuhi tuntutan-tuntutan hidupnya yang begitu so***** itu dia terpaksa berbelanja lebih yang memberatkan suaminya. Kemudian dia meyiksakan suaminya dengan membandingkannya dengan suami-suami sahabatnya yang bergaji besar dan mewah dengan tujuan agar suaminya juga berusaha mencapai taraf hudup seperti itu.
Oleh kerana suaminya tidak mempunyai asas pelajaran yang sama dengan mereka, maka sudah tentu pemberangsangan itu sia-sia saja, malah membuat suaminya semakin lemah dan oatah semangat dan berakhir dengan kejatuhan-kejatuhen yang menyedihkan.
Kalau dah namanya perempuan
1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!
3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.
4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.
5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.
6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.
8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebutla nama dia depan aku.
9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
10. Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I,bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil,aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.
Ini cuma contoh saja.
Tapi, memang ia selalu berlaku.
Kalau tak percaya, cuba tanya isteri atau awek masing-masing,betul tak cakap di mulut tak sama
dengan niat di hati.
Bukannya kaum perempuan ni tak jujur dalam meluahkan isi hati mereka tapi, maklum la, kaum perempuan ni kan pemalu, gitu.
Wanita Idaman
Semoga dapat dijadikan panduan kepada kaum wanita dalam membentuk diri menjadi muslimah sejati. jua buat panduan kaum lelaki dalam mencari muslimah sejati untuk teman dunia dan akhirat. sama-samalah kita membentuk diri dalam menjadi hamaba Nya yang berTAQWA….
WANITA IDAMAN….
wanita..idaman lelaki
yang hatinya disalut taqwa kepada allah
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap islam
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga akan pahala
yang solatnya maruah dirinya
yang tidak pernah takut untuk berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan allah
wanita idaman lelaki ialah…yang menjaga tutur katanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
wanita idaman lelaki ialah…wanita yang menghormati ibunya
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam
yang mengamalkan hidup penuh sederhana
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
wanita idaman lelaki…yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan
yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat…
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang menjaga matanya dari berbelanja
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat allah keatasnya
wanita idaman lelaki ialah…tidak pernah membazirkan masa
matanya kepenatan kerana penat membaca
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
tidurnya lena dengan cahaya keimanan
bangunnya subuh penuh kecergasan
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
wanita idaman lelaki…..sentiasa mengingati mati
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
meneruskan perjuangan islam sebelum hari kemudian
wanita idaman lelaki….
yang tidak terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
di situlah rumah idamannya
dan dia ingin membawa saya bersama
dialah wanita idaman lelaki…..
jika ada lagi WANITA sebegini..alhamdulillah….
alangkah bertuah sesiapa yg dapat memiliki hatinya..
5 Keinginan Wanita
Kunci yang membahagiakan wanita adalah memenuhi keinginan-keinginannya. Sekalipun wanita tak semua memiliki karakter pasif dan sifat tak terbuka dalam hal seks, namun sesungguhnya mereka memiliki keinginan yang sama, iaitu keintiman yang hangat di tempat ranjang asmara. Wanita tidak ingin tempat tidur dilewati dengan rasa tekanan dan hambar.

Tindakan bagaimana harus lelaki perhatikan untuk memahami keinginan wanita di tempat tidur?
1- Tempat dan Suasana Romantis
Tempat dan suasana adalah faktor penting bagi kaum wanita dalam proses menikmati keghairahan. Sebab, jika tempat saja berselerak, kotor, tidak nyaman, sementara suasana tegang,kurang harum, dan pasti membuatnya gelisah? Secara umum, wanita mahukan tempat dan suasana yang romantis.
Untuk itu dimanapun tempat itu berada, kamar tidur haruslah rapi, bersih, jauh dari kebisingan tidak mudah terdengar orang lain atau anak-anak, pastikan kedap suara. Yang penting, terasa aman dan nyaman. Sesekali,bawalah ke hotel, resort atau keluar berlibur kerana ini merupakan pilihan yang sangat baik untuk menghilangkan kebosanan.
Untuk menciptakan suasana, cahaya remang redup, wangian yang lembut, muzik romantis boleh menghanyutkan emosi wanita. Dan berilah surprise, sembur dan sapulah tubuh dengan parfum dan bebauan wangi pada tubuh lelaki. Yang penting tubuh harus bersih dan sehat.
Saat sudah berada di ranjang , luangkan waktu untuk sentuhan ringan, bercerita atau apa pun agar dapa
t mencairkan kebekuan dan kekakuan sehingga keinginan – keinginan yang tertahan akan muncul terucap. Bahkan kalau perlu, luahkan keinginan Anda dan tanyakan keinginannya.
2- Taburkan kata-kata cinta
Wanita sebenarnya lebih menginginkan kemesraan daripada kegiatan seks itu sendiri. Seks mungkin penting, tetapi bukanlah dalam hubungan emosional. Kerana itulah kata-kata cinta yang romantis memberi erti dan membuahkan kenikmatan yang besar. Wanita, bahkan, tidak peduli sangat apakah kata-kata cinta, pujian, rayuan yang diucapkan dengan sepenuh hati atau tidak. Baginya, kata-kata indah itu telah menyentuh emosinya serta menunjukkan dia dihargai dan diperhatikan (mahu dimanja!).
Belaian, usapan, pelukan jauh lebih berharga daripada seks itu sendiri; kerana seks dalam persepsi umum lebih merupakan keseronokkan dan ghairah nafsu kaum lelaki.
Posisikan wanita sebagai makhluk berharga dan disayangi, kerana ia memang layak mendapat perlakuan yang baik.
Apalagi umumnya, wanita peka terhadap sesuatu yang menyangkut perasaan hatinya. Wanita sangat senang jikalau dirinya dipuji, apalagi dilakukan dengan tulus. Pujian sangat diperlukan karena setiap orang mempunyai harga diri atau pengakuan. Dengan demikian rasa aman, nyaman dan gairah pun timbul.
Bisikan mesra kata cinta bahawa dialah yang wanita tercantik dan terbaik dengan sepenuh hati dengan luahan yang serius adalah dambaan wanita. Apalagi ketika mendengar pasangannya mengatakan begitu bangga dapat memiliki dan mencintainya. Bukankah Anda memang mencintainya.
3- Ciuman dan Pelbagai Gaya Pemanasan
Jangan cuba-cuba melakukan secara langsung to the point. Jujur, tindakan seperti itu sangat dibenci kaum wanita, betapapun ia mencintai Anda. Wanita tidak ingin diperlakukan sebagai objek nafsu, tidak berperasaan kerana itu hanya dilakukan terhadap binatang.
Wanita lebih sulit terangsang, sehingga perlu waktu yang lebih panjang untuk proses pemanasan. Sekurang-kurangnya berikan waktu 30 minit sebelum fasa perangsangan mencapai kemuncaknya.
Ciuman perlu diterapkan sebagai ekspresi dari sikap dan perasaan sayang. Kerana wanita cepat menangkap hati dan jati diri lelaki pasangannya, berikan ciuman yang hangat dan mendalam.
Apalagi, ciuman merupakan bahasa komunikasi yang membakar dan sedikit wanita yang terbakar oleh kekuatan ciuman. Demikian juga sentuhan – sentuhan erotis yang memang bertujuan untuk membangkitkan ghairah.
Jangan ragu-ragu melakukannya, tapi semua itu harus dilakukan dengan penuh perasaan, kerana disitulah wanita melihat kesungguhan lelaki akan dirinya.
4- Kembangkan Posisi
Apakah wanita menginginkan variasi posisi persetubuhan? Walaupun wanita jarang mengucapkan untuk perubahan posisi, tetapi sesungguhnya mereka juga menginginkan dan menikmatinya.
Kerana itu, berganti-ganti posisi juga dianjurkan kala melakukan persetubuhan. Dan sebaiknya dilakukan sepanjang masa itu tidak menyeksa wanita dan diinginkan (setidaknya, tak ditolaknya).
Dengan berganti-ganti gaya seks, malah menjadi pengalaman baru bagi yang belum pernah melakukan. Untuk pemahamannya dapat melihat dari gambar di buku, pengetahuan tentang seks atau film.
Begitu banyak posisi yang ada dan mungkin dikembangkan, tidak hanya atas atas – bawah atau samping. Meski begitu, jangan pula terpaku dengan berbagai posisi kerana selama masa itu tetap harus melakukan perabaan ke bahagian tubuh yang peka, agar tetap panas. Tentu perabaan dengan kasih sayang dan sepenuh hati.
5- Tetap Hangat After Play
Rasa nikmat kemuncak memang harapan dan impian setiap wanita. Tapi harap diketahui, tidak selalu kegagalan kemuncak para wanita ditanggapi dengan rasa kecewa. Soalnya, seperti yang sudah disebutkan tadi, aktiviti seks bukanlah terlalu dimahukan wanita dalam hubungan emosional. Banyak wanita bahkan sudah cukup merasa puas ketika pasangannya mendapatkan kepuasan darinya.
Biasanya kemuncak lelaki muncul setelah berlaku pancutan, tapi tidak selalu kerana itu hal yang terpisah. Yang pasti, setelah terjadi pancutan, lelaki umumnya mengalami kelelahan serta letih kerana tenaganya yang banyak digunakan semasa adegan persetubuhan , maka membiarkan dirinya terlelap untuk segera tertidur. Kalau itu yang terjadi, wanita akan mengangapnya sebagai egois, membuangnya setelah keinginannya sendiri tercapai, tanpa memperdulikan lagi pasangannya.
Proses penurunan emosional wanita berjalan perlahan-lahan. Bahkan, sekalipun sudah merasai kemuncak, wanita masih sanggup dengan cepat untuk mendapatkan rangsangan dan melakukan aktiviti hubungan intim lagi dan kembali mendapatkan kemuncak sekali lagi.
Justeru itu lelaki perlu berikan belaian walaupun selesai persetubuhan.
Tentu sangat bijak kalau pasangan lelaki dapat mengimbanginya dan tetap secara intensif melakukan perangsangan.
Kerana itu memiliki fizikal yang kuat dan tubuh yang sehat adalah sangat penting bagi lelaki agar dapat memuaskan dan memberikan kebahagian secara seksual pada wanita pasangannya.
Recent Comments