Kemesraan RumahTangga Rasulullah

Number of View: 921

Ketika kita menempuh bahtera rumah tangga, ketika kita sedang menjalankan
perintah Allah dan Rasul-Nya, kita dianjurkan untuk melihat kembali kecintaan kita
kepada keluarga Nabi. Dalam memperkuat kecintaan kita kepada keluarga Nabi di
dalam mengayuh bahtera keluarga, kita diwajibkan meneladani perilaku kehidupan
keluarga Rasulullah, baik perilaku terhadap isteri mahupun anak.

Dalam menggauli dan memperlakukan isteri-isteri Baginda, Rasulullah s.a.w.
senantiasa menghormati dan menjaga perasaan isteri-isterinya melebihi suami-
suami yang lainnya. Satu saat ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam,
beliau dekati isterinya Aisyah sampai Aisyah berkata: Di tengah malam beliau
mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku beliau berbisik,
“Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”

Kita bayangkan betapa besar penghormatan Rasulullah kepada isterinya sampai
ketika beliau hendak melakukan solat malam, beliau terlebih dahulu meminta izin
kepada isterinya pada tengah malam, di saat isterinya memerlukannya. Pada izin
Rasulullah itulah tergambar kecintaan dan penghormatan terhadap isterinya.

Nabi adalah sosok yang sangat sabar dalam memperlakukan isterinya. Hal ini
terlihat ketika suatu hari ada salah seorang isterinya datang dengan membawa
makanan untuk dikirim kepada Rasulullah yang sedang tinggal di rumah Aisyah.
Aisyah dengan sengaja menjatuhkan kiriman makanan itu hingga piringnya pecah
dan makanannya jatuh berderai. Rasulullah hanya mengatakan, “Wahai Aisyah,
kifaratnya adalah mengganti makanan itu dengan makanan yang sama.”

Rasulullah mengecam suami-suami yang suka memukuli isteri-isterinya sampai Rasulullah berkata, “Aku hairan melihat suami-suami yang menyeksa isterinya padahal dia lebih patut disiksa oleh Allah SWT.”

Nabi pun mengecam suami-suami yang menghinakan isteri-isterinya, tidak
menghargainya, tidak mengajaknya bicara, dan tidak mempertimbangkan isterinya
dalam mengambil keputusan. Nabi bersabda, “Tidak akan pernah memuliakan isteri
kecuali lelaki yang mulia dan tidak akan pernah menghinakan isteri kecuali lelaki
yang hina.” Kerana itu marilah kita berusaha menjadi suami yang mulia yang
menempatkan isteri pada tempat yang mulia.

Kemesraan pasangan adalah penting untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga
dan Rasulullah s.a.w. telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri
baginda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Users who found this page were searching for:

  • tidak akan pernah memuliakan isteri kecuali lelaki yang mulia dan tidak akan pernah menghinakan isteri kecuali lelaki yang hina
  • keluarga rasulullah
  • amalan isteri terhadap suami dingin nafsu
  • hadis yang menyatakan lelaki ketua rumahtangga
  • perempuan ghairah semasa ovulasi
  • rumahtangga nabi
  • petua nabi dalam rumahtangga
  • hilang kemesraan suami isteri
  • bagaimana rasulullah bersetubuh dengan isteri-isterinya
  • solat rahasia batin
  • eratkan hubungan suami isteri jarak jauh
  • rumahtangga rasulullah
  • berkasih berahi dengan lelaki lebih tua
  • menjinak burung merpati hadis
  • AMALAN siti khadijah MENJAGA KESIHATAN BATIN
  • vagina ketat eratkan hubungan
  • Cara tawan nafsu seks suami
  • apakah hukum suami memperlakukan isteri seperti hamba
  • kehangatan seksual hubungan suami isteri jarak jauh
  • kit penunjuk waktu subur