Rahsia dari Tarikh Lahir

Number of View: 217

TARIKH LAHIR

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Fakta kesuburan wanita

Number of View: 277

SAYA sudah mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun. Ketika berkahwin, umur saya agak lewat dan kini umur saya 43 tahun manakala suami 10 tahun lebih muda daripada saya.

Suami saya mempunyai zuriat dengan bekas isterinya dulu. Kami sudah membuat pemeriksaan pada usia perkahwinan kami dua tahun. Doktor pakar memaklumkan, kami berdua sihat dan saya tiada masalah untuk hamil.
Saya agak sukar mengetahui waktu subur kerana kitaran haid saya tidak menentu setiap bulan. Saya memang teringin untuk memiliki zuriat sendiri.

Baru-baru ini, saya didapati menghidap diabetes yang agak serius. Kini saya masih menerima rawatan daripada doktor.

Persoalannya, dalam usia yang agak lewat, kitaran haid yang tidak menentu dan keadaan kesihatan tidak memuaskan, adakah saya boleh hamil dalam masa terdekat?

Sekiranya hamil, adakah kehamilan itu boleh menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan dan kesihatan saya sendiri?

SITI BAH,
Puchong, Selangor.

BUKAN saja usia anda, penyakit diabetes yang dihidapi dan kitaran haid tidak menentu yang perlu dipersoalkan dalam membincangkan potensi kehamilan, tetapi juga faktor tempoh tiga tahun mencuba, peluang kehamilan jika terus mencuba kaedah biasa, pilihan rawatan kesuburan yang sesuai, risiko apabila hamil (terhadap anda dan kandungan) serta risiko sewaktu kelahiran kelak.

Anda perlu faham beberapa fakta kesuburan wanita :

- Semakin meningkat usia wanita, peluang kehamilan semakin tipis.

- Semakin meningkat usia wanita, risiko keguguran juga semakin meningkat.

- Semakin meningkat usia wanita, risiko keabnormalan kromosom janin (termasuk risiko sindrom Down) semakin meningkat.

- Penyakit diabetes yang tidak dikawal meningkatkan risiko keguguran, risiko keabnormalan organ janin atau bayi, risiko atau trauma kelahiran bayi dan seumpamanya.

- Kitaran haid yang tidak tetap lazimnya disebabkan oleh gangguan hormon akibat masalah pengeluaran telur (kesuburan). Ini menurunkan peluang anda untuk hamil secara semula jadi tanpa rawatan kesuburan.

- Pengeluaran telur juga terganggu sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan. Selain ia mengurangkan kesuburan, kegemukan juga boleh meningkatkan risiko keguguran serta masalah sepanjang kehamilan dan kelahiran kelak.

Sekiranya anda berdua memilih untuk meneruskan perancangan untuk hamil, anda disarankan segera mendapatkan rawatan kesuburan daripada pakar sakit puan yang menawarkan semua pilihan rawatan kesuburan termasuk sehingga peringkat persenyawaan tabung uji (IVF).

Ini bagi membolehkan anda hamil segera dengan jayanya. Namun sebelum itu, amat
penting untuk penyakit diabetes anda dikawal terlebih dulu seelok-eloknya tiga bulan sebelum rawatan kesuburan.

Anda juga perlu menitikberatkan penjagaan kesihatan, pemakanan berkhasiat, penjagaan berat badan serta mengambil suplemen pil asid folik.

Keluar darah bila bersama

Number of View: 443

SAYA sudah berkahwin hampir tiga tahun dan masih belum mempunyai zuriat sendiri. Masalahnya, setiap kali bersama suami, pasti ada darah yang akan keluar daripada alat sulit saya dan haid saya pula tidak teratur.

Untuk makluman doktor, saya tidak pernah membuat pemeriksaan kesihatan kerana saya sangat takut jika saya menghadapi sebarang masalah kesihatan. Apakah nasihat doktor dalam hal ini?

NOOR,
Negeri Sembilan

ANDA disarankan berjumpa doktor sakit puan. Bukan saja masalah kesuburan anda dapat diperiksa dan dirawat, malah masalah pendarahan selepas hubungan seks juga penting diselidiki.

Pemeriksaan dalaman lazimnya tidak menyakitkan, ujian Pap Smear juga mudah dan mengambil masa singkat saja. Jika diberi pilihan, lebih elok sekiranya kita takut penyakit menjadi lebih teruk akibat lewat mendapatkan pemeriksaan atau rawatan.

Semakin lama anda menunggu, usia semakin bertambah dan ini menyukarkan peluang seseorang wanita untuk hamil.

Suntikan cegah kehamilan ada kesan sampingan

Number of View: 826

PADA 9 Februari 2010, saya melahirkan anak pertama dan tanpa mengambil sebarang kaedah perancang keluarga, saya hamil lagi. Lalu pada 29 April 2011, saya melahirkan anak kedua.

Pada 13 Ogos lalu pula, saya cuba merancang dengan mengambil suntikan tiga bulan sekali di klinik swasta, atas desakan rakan dan ibu mentua supaya menjarakkan kehamilan.

Pada masa menerima suntikan, saya sudah habis haid iaitu pada hari kelapan.

Pada 1 September lalu, saya haid tanpa henti sehingga pertengahan bulan September, kemudian ia berhenti selama lapan hari dan keluar darah semula sehingga Oktober tanpa henti.

Saya bimbang mengenai perkara ini sedangkan selama ini sewaktu sebelum berkahwin sehingga lahir anak kedua, haid saya normal setiap bulan iaitu antara lima hingga tujuh hari.

Doktor memberikan saya pil untuk menambah darah, Ponston serta pil darah beku.
Saya makan pil sehingga habis, tetapi pendarahan belum berhenti.

Saya pergi sekali lagi ke klinik dan doktor memberikan saya pil Progyluton (atas penerangan doktor, pil ini untuk membetulkan semula hormon dan haid saya).

Seminggu selepas mengambil pil terbabit, pada hari kelapan hingga 11 saya terlupa untuk makan kerana pil tertinggal di pejabat. Pada hari ke-11, pendarahan kembali yang saya anggap haid.

Apabila mula bekerja, saya terus mengambil pil terbabit, tetapi pendarahan saya tetap keluar sehingga pil habis dan sehingga hari ini, saya masih mengalami pendarahan.

Saya amat tertekan dan rimas dengan masalah ini. Badan saya pun amat letih kerana setiap hari darah keluar dengan banyak dan saya bimbang untuk mengambil apa-apa kaedah perancang kehamilan di masa hadapan.

Adakah saya perlu membiarkan dahulu perkara ini untuk beberapa bulan lagi (sehingga hormon saya kembali normal) atau saya perlu merujuk kepada doktor pakar? Adakah badan saya tidak sesuai untuk kaedah suntikan ini?

NADIA,
Johor Bahru, Johor.

SEKIRANYA anda belum menjalani pemeriksaan doktor pakar sebelum ini, eloklah anda berbuat demikian sekarang.

Suntikan depo hormon pencegah kehamilan boleh mendatangkan kesan sampingan sedemikian, namun beberapa penyakit termasuk penyakit berbahaya juga boleh memberikan kesan sampingan yang sama.

Sekiranya anda didapati tidak mempunyai penyakit berkaitan, doktor lazimnya akan menyandarkan ia kepada kesan sampingan ubat sahaja.

Bagaimanapun, memandangkan pendarahan kerap atau berterusan ini memberi kesan terhadap kesihatan am anda akibat kekurangan darah, eloklah anda berbincang semula dengan doktor anda sama ada untuk meneruskannya atau menggunakan kaedah yang lain.

Setiap wanita menunjukkan keserasian berbeza terhadap kesan sampingan sesuatu kaedah pencegah kehamilan.

Rahsia Wanita yang perlu lelaki ketahui

Number of View: 291

Wanita sukakan lelaki bagaimana? Idaman lelaki yang bagaimana? Mari kita kaji dan selidik rahsia wanita? ini adalah rahsianya :-

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiw

Lelaki 8G yang dibenci wanita

Number of View: 241

8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita :

1.Garang ( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh..macam ler dia betul semua, dsb)

2.Ganas (kaki pukul, ngan pompuan pun nak tunjuk kuat sebab pompuan bukan lawannyer)

3.Gementar (takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dsb)

4.Gabrah – tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat pompuan aje, dsb)

5.Gentleman tiada (langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri,ambik kesempatan,dsb)

6.Gerumal (bahasa kedah -bohong atau tipu)

7.Ganggo (keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat, macho sangat, dll)

8.Gatal (miang keladi ngan pompuan lain selain dengan bini)

Lelaki idaman wanita

Number of View: 280

ADAKAH ANDA MASIH BERSENDIRIAN DAN BELUM BERPUNYA? Atau masih tercari-cari pasangan yang sesuai dengan diri anda? Adakah kerana anda kurang tampan menyebabkan anda belum mempunyai teman wanita lagi. Anda tidak perlu menjadi lelaki yang tampan seperti Prince William untuk menjadi lelaki idaman wanita hari ini. Tips berikut mungkin dapat membantu anda untuk menjadikan diri anda sebagai lelaki idaman wanita.

YAKIN DAN PERCAYA PADA DIRI SENDIRI –
Kebanyakan wanita menyukai lelaki yang percaya pada diri sendiri. Ciri ini mungkin sebagai bonus kepada lelaki. Untuk itu anda boleh mencuba dengan berdiri di depan cermin dan katakan “Saya adalah seorang yang terbaik” ataupun anda boleh mengeluarkan kalimah-kalimah lain yang membuatkan anda tampil dengan penuh yakin.

HUMOR –
Anda jangan terlalu bersikap serius. Lelaki yang sentiasa bersikap serius ini membosankan. Luangkan masa dengan berkumpul dan berseronok di tepi pantai bersama kawan-kawan.

EGO –
Wanita tidak suka lelaki yang ego. Oleh yang demikian, anda jangan merasa cemburu dengan kawan-kawan lelaki yang mempunyai ramai teman wanita yang cantik. Cuba lihat dalam diri anda yang menyebabkan anda tidak disukai. Sebenarnya anda juga boleh mempunyai ramai teman di kalangan wanita sekiranya anda pandai menghormati mereka. Selain daripada itu wanita juga sukakan lelaki yang berpengalaman.

BERJAYA –
Wanita tidak suka dengan lelaki yang lemah. Wanita akan gembira apabila temannya seorang yang mempunyai identiti diri dan berjaya. Anda tidak semestinya kaya, cukuplah anda seorang yang berkarisma dan kaya dengan pengetahuan dan pengalaman.

BIJAK –
Sesetengah wanita mengatakan lelaki yang pandai adalah seorang yang seksi. Ini memang betul. Anda boleh memakai cermin mata mengikut peredaran zaman agar kelihatan bijak.

ROMANTIK -
Apabila berdua-duaan, ucaplah dengan kata-kata yang indah seperti “Aku begitu menyintaimu” sambil menatap wajahnya, matanya dan memegang tangannya.

Kesimpulannya, untuk mencari leiaki yang sesuai dijadikan teman hidup sebaik-baiknya biarlah yang beriman dan ada pegangan agama agar dapat menjadi pelindung kepada keluarganya kelak.

dipetik dari Majalah Pengantin, Feb 2002

Petua mengasihi suami

Number of View: 161

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian
yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna.
Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah.

Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja,
sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada
suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut
dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi.

Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan
suami anda,suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda.
Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah
satu-satunya kekasihku”.

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda.

Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang
lain. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk “bersama” anda,
layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda
merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda- tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu.

Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.

17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.

Petua mengasihi isteri

Number of View: 134

PETUA MENGASIHI ISTERI…..

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan “I Love You”.

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya…… sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.

Perkahwinan dari Perspektif Islam Secara Ringkas

Number of View: 179

Sesungguhnya, agama Islam menggalakkan setiap insan yang sempurna dan berkemampuan untuk mendirikan rumahtangga demi menjaga keharmonian masyarakat.

Perkahwinan dapat memelihara seseorang daripada zina. Perkahwinan juga dapat menambah umat dan memelihara nasab keturunan. Ia telah menjadi sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Islam telah menggariskan sekitar empat ciri utama pemilihan bakal isteri dan suami.

Pertama carilah yang cantik rupa parasnya.

Kedua, carilah yang mempunyai harta.

Ketiga carilah yang baik keturunannya dan keempat, carilah yang beriman.

Di antara keempat-empat ciri ini, yang beriman perlu diutamakan.

Kebiasaannya, setiap lelaki dan perempuan akan tertarik kepada rupa paras sebelum memikirkan hal-hal lain.

Inilah lumrah semula jadi manusia.

Bagi pihak orang tua pula, mereka kerap kali memikirkan tentang asal usul dan kewangan bakal menantu. Jarang sekali soal iman tititikberatkan.

Sesungguhnya anjuran Islam ada fadhilatnya. Rupa paras dan harta benda tidak kekal lama.

Tetapi iman yang dipupuk dalam hati nurani mampu bertahan walaupun jasad telah dimamah usia.

Orang yang beriman lebih tulus hatinya, lebih kuat sabarnya dan lebih mulia tingkah lakunya.

Secara umumnya, sebelum pasangan teruna dara bernikah, segalanya dipandang manis.

Kelakuan yang tidak baik biasanya dipendam sedalam-dalamnya. Si teruna tidak mengetahui keburukan si dara dan sebaliknya.

Semuanya nampak cantik kerana adanya orang ketiga yang sentiasa di samping iaitu syaitan.

Tetapi setelah bernikah, apabila syaitan menjauhkan diri, mereka mula nampak peri laku sebenar masing-masing.

Maka pada ketika ini, bermacam-macam masalah mula timbul. Itu tak kena, ini tak kena. Akhirnya mahligai bahagia menjadi neraka. Namun begitu, bagi orang yang beriman, segala kerenah dihadapi dengan sabar. Di sinilah kelebihan iman.

Sebab itu, Islam menggalakkan anda memilih pasangan yang beriman sebagai kriteria utama pemilihan pasangan hidup agar mahligai bahagia kekal sentosa selamanya.