Risiko zuriat kahwin sepupu

Number of View: 696

RISIKO ZURIAT PASANGAN SEPUPU
Soalan

SAYA ingin mendapat penjelasan daripada pandangan perubatan moden apakah implikasi terhadap zuriat yang bakal dilahirkan nanti bagi mereka yang berkahwin dengan sepupu, terutama sepupu rapat.

Benarkah anak yang bakal dilahirkan nanti akan mengalami kecacatan, kurang cerdik, berpenyakit turun temurun atau seumpamanya? Saya berharap doktordapat memberikan penjelasan terperinci.

EUSOFF
Subang Jaya

Jawapan

PERKAHWINAN antara sepupu dihebohkan bakal melahirkan zuriat yang kurang mantap, termasuk kemungkinan terencat.

Mengikut kajian yang pernah dijalankan beberapa pakar kebakaan atau geneticist ke atas perkahwinan antara sepupu, didapati risiko mendapat anak terencat ialah 4-6 peratus lebih kurang sama dengan anggaran keterencatan janin yang dihasilkan wanita berusia 40 tahun ke atas.

Ini menunjukkan risiko kahwin dengan sepupu dan mendapat anak terencat tidak begitu serius dan mungkin disalah tafsirkan banyak pihak.

Nenek moyang kita mungkin berkahwin antara sepupu dan didapati cendakiawan seperti Albert Einstein dan Charles Darwin berkahwin dengan sepupu, tetapi anak mereka bijak dan handal.

Jika ditinjau kadar kekerapan, perkahwinan antara sepupu adalah besar di dunia. Di Arab Saudi sebagai contohnya, 30 hingga 80 peratus daripada rakyat mereka berkahwin dengan sepupu masing-masing.

Di dalam Islam tiada halangan untuk berkahwin dengan sepupu, kecuali itu bukan pilihan atau keluarga mereka diketahui mempunyai penyakit keturunan.

Bagi saya sendiri, tiada sebab kenapa pasangan yang secara kebetulan sepupu tidak boleh berkahwin jika mereka sangat mencintai satu dengan yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Users who found this page were searching for:

  • kesan progyluton
  • risiko kahwin lelaki tua boleh dapat zuriat
  • pendarahan waktu bersetubuh
  • rahsia keharmonian rumah tangga
  • persoalan rumah tangga berkenaan haid
  • kekerapan seks dalam rumahtangga
  • rahsia rumahtangga
  • rumahtangga
  • rahsia ketika bersama
  • lelaki takut melalukan hubungan seks, adakah masih teruna
  • kahwin lelaki arab saudi
  • punca keluar lendir jernih selepas bersetubuh
  • rahsia rumah tangga
  • bagaimana untuk mengatasi halangan keluarga jika berkahwin dengan sepupu
  • kesan perkahwinan sepupu
  • Pandangan islam kenapa sukar dapat zuriat
  • kesan sampingan progyluton
  • kencing keluar lendir jernih selepas hubungan kelamin
  • sering bercuti adakah akan mengekal keharmonian rumahtangga
  • SAYA KECEWA SUAMI EGO CEPAT KLIMAKS